web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRK Sungai Bakap 6 Julai, Undi Awal 2 Julai - SPR

Politik Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 4:00PM

Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom (tiga dari kanan) pada sidang media di Putrajaya hari ini. – Gambar Facebook SPR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N20, Sungai Bakap, Pulau Pinang ditetapkan pada 6 Julai sementara undi awal pada 2 Julai depan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom hari ini.

Menurut beliau, Hari Penamaan Calon pula ditetapkan pada 22 Jun ini.

“Bagi maksud menjalankan PRK Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap, Pulau Pinang, SPR menetapkan hari undi pada 6 Julai manakala  bagi undi awal, (ia ditetapkan) pada 2 Julai depan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, tempoh berkempen seperti biasa ditetapkan selama 14 hari, sehaik sahaja proses penamaan calin bermula sehingga jam 11.59 malam, 5 Julai nanti.

Sehubungan itu beliau berkata, SPR telah membuka urusan permohonan semua kategori undi pos luar dan dalam negara melalui laman sesawang www.spr.gov.my.

"Tarikh tutup permohonan bagi kategori 1A adalah 20 Jun manakala kategori 1B dan 1C masing-masing pada 13 Jun," katanya.

Kategori 1A merujuk kepada petugas SPR, anggota polis, tentera dan media.

Warganegara yang berada di luar negara diletakkan di bawah kategori 1B sementara 1C bagi agensi dan organisasi.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.

PRK Sungai Bakap memiliki 39,279 pemilih yang terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis. - Getaran, 6 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

2

Politik 4 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

4

Politik 1 minggu yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Sukan 19 jam yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris