web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Politik Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Jun 2024 9:50PM

- Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ARAU - Kesepakatan dan kesepaduan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) membolehkan jentera parti bergerak dengan baik dalam membantu memastikan kemenangan calon gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata gabungan itu telah melalui PRK Kuala Kubu Baharu di Selangor dan segala kelemahan yang ada dapat diperbaiki bagi meraih sokongan rakyat.

"Bila jentera parti berjalan baik, strategi dapat dilakukan dengan terbaik seterusnya memberi keyakinan kepada rakyat bahawa pilihan terbaik untuk kestabilan di Pulau Pinang (adalah) di bawah Kerajaan Perpaduan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Arau di sini hari ini.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 6 Julai manakala pengundian awal pada 2 Julai.

Shamsul Anuar, yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, berkata kepimpinan UMNO di Perlis memiliki keupayaan merangka strategi baharu bagi membolehkan parti itu bangkit semula seterusnya merampas negeri berkenaan daripada PN pada Pilihan Raya Umum ke-16.

"Dengan strategi dan pendekatan yang akan dilakukan oleh parti, saya percaya apa yang dihadapi oleh UMNO di Perlis adalah satu petanda kepada UMNO untuk melakukan perubahan mencari pendekatan baharu menarik sokongan masyarakat Melayu di negeri ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki