web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peminat Apple Teruja, Tak Kisah Beratur Panjang Untuk Jadi Pelanggan Pertama

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2024 8:12PM

Apple Store pertama Malaysia menjadi buah mulut kerana keunikan rekaan bangunan - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembukaan Apple Store pertama Malaysia disambut dengan penuh keterujaan oleh ribuan peminat jenama itu yang sanggup menunggu di hadapan premis itu sejak semalam.

Tinjauan Getaran mendapati, golongan berkenaan sanggup berpenat-lelah dan berbaris lama demi menjadi antara kumpulan pertama merasai pengalaman berada di premis itu yang terletak di pusat beli belah TRX Exchange.

Lautan manusia yang menanti dengan penuh sabar - Gambar Diyana Nawwar
Lautan manusia yang menanti dengan penuh sabar - Gambar Diyana Nawwar

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Rishi, 24, berkata, dia bersama rakannya sanggup menaiki kereta api awal pagi dari Ipoh untuk menyaksikan pembukaan rasmi Apple Store itu. 

Mahasiswa di sebuah institusi pengajian tinggi itu berkata, mereka berdua tiba di premis berkenaan pada jam 8.30 pagi dan pada waktu itu, barisan pelanggan sudah sedia panjang.

“Biarpun terpaksa menunggu lama dan menempuh perjalanan yang jauh tapi kami tidak kisah.

“Saya sangat gembira dapat hadir dan lihat sendiri keunikan Apple Store. Ia sangat berbaloi,” katanya ketika ditemui di hadapan premis tersebut.

Rishi (kiri) dan rakannya yang sanggup bertolak awal pagi dari Ipoh dengan menaiki kereta api - Gambar Diyana Nawwar
Rishi (kiri) dan rakannya yang sanggup bertolak awal pagi dari Ipoh dengan menaiki kereta api - Gambar Diyana Nawwar

Rishi turut berkongsi keterujaaan menerima hadiah disediakan premis terbabit. 

Sempena pembukaan secara rasmi hari ini, Apple Store memberi hadiah percuma iaitu beg tote kepada pengunjung terawal.

Seorang lagi pengunjung, Siti Maizurah Hanif, 41 pula berkata, dia hadir pada hari ini kerana mahu melihat sendiri keunikan Apple Store yang menjadi buah mulut sejak kebelakangan ini.

“Saya tak ada rancang untuk beli apa-apa, tapi lebih kepada teruja untuk tengok sendiri Apple Store sebab katanya kedai ini unik. Ada sentuhan minimalis dan moden pada  rekaan dalaman,” katanya.

Apple Store di TRX ini tidak hanya menjadi tarikan sebagai yang pertama di Malaysia, tetapi juga kerana keunikan reka bentuk dan ciri-ciri bangunan berkenaan. 

Keunikan premis Apple Store menggamit keterujaan peminat jenama itu - Gambar Diyana Nawwar
Keunikan premis Apple Store menggamit keterujaan peminat jenama itu - Gambar Diyana Nawwar

Dengan struktur bangunan yang berbentuk segi empat, Apple Store ini menggunakan tenaga lestari sepenuhnya. 

Premis setinggi dua tingkat ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang sangat moden dan interaktif. 

Antara keunikan Apple Store Malaysia termasuk ruang pameran yang luas dengan teknologi interaktif, kawasan pembelajaran dan bengkel untuk pelanggan, serta sudut khas untuk perkhidmatan sokongan pelanggan. - Getaran, 22 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki