web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2024 12:39PM

Gambar Tabung Haji

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Kejayaan demi kejayaan yang dilakar Lembaga Tabung Haji (TH) dalam mengelola dan mengurus jemaah haji Malaysia sehingga mendapat pelbagai pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi menarik minat pihak pengurusan jemaah haji Thailand untuk mempelajarinya.

Ketua Rombongan Haji Thailand yang juga Ketua Majlis Agama Yala Abdul Baziz Chema berkata, Malaysia disifatkan sebagai 'abang' khususnya dalam kalangan umat Islam di Selatan Thailand kerana mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan jemaah haji yang harus dicontohi negara itu.

"TH merupakan kejayaan umat Islam di Malaysia dan menjadi kewajipan kepada kami untuk mempelajarinya. Saya sangat yakin dengan menimba pengetahuan daripada TH, Insya-Allah kita akan dapat menadingi perkara-perkara yang berkaitan pengurusan jemaah haji suatu hari nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada petugas media selepas mengadakan kunjungan kepada pihak pengurusan TH di Ibu Pejabat TH di sini dengan turut disertai 15 orang termasuk dari bahagian Majlis Agama Islam Pusat, Pejalbat Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri Thailand.

Antara perkara yang ingin dipelajari termasuk sistem tabungan TH, aspek pengurusan jemaah dan lain-lain hal yang berkaitan.

Thailand katanya tidak mempunyai satu badan khusus yang mengawal selia segala urusan jemaah haji sebaliknya hal yang berkaitan diuruskan 88 agensi pelancongan dengan kos untuk mengerjakan haji sekitar RM40,000 tanpa sebarang subsidi.

Hal itu menyebabkan hanya 7,000 daripada 11,000 kuota yang diperuntukkan untuk umat Islam di negara itu dipenuhi.

Sementara itu Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H-2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kunjungan pihak pengurusan haji Thailand berkenaan membolehkan kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan dalam soal pengurusan haji.

"Kita lihat ada ruang dan peluang untuk kita adakan kerjasama dan tukar pengalaman serta pandangan tentang urusan haji setiap negara supaya dapat dipertingkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan serta kemudahan yang boleh diberikan kepada jemaah haji negara masing-masing.

"Sudah tentu setiap negara mempunyai kelebihan yang boleh dipelajari dan itu yang dijadikan semangat dalam perjumpaan itu," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Peminat Apple Teruja, Tak Kisah Beratur Panjang Untuk Jadi Pelanggan Pertama

2

Semasa 1 minggu yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

3

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Luar Negara 1 hari yang lalu

1,301 Jemaah Disahkan Meninggal Dunia, 83 Peratus Tidak Miliki Permit Tunai Haji 

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 11 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei