web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2024 8:51AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Lebih 22,800 jemah haji Malaysia sudah berada di Makkah dan Madinah setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Mohd Na im Mokhtar.

Beliau berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 31,600 orang jemaah haji dari Malaysia yang akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

"Sebanyak 100 penerbangan sewa khas haji terus membawa jemaah ke Tanah Suci yang telah bermula pada 9 Mei lalu," katanya ketika berucap pada majlis meraikan keberangkatan jemaah haji negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu di sini malam tadi.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni turut hadir bagi meraikan kumpulan pertama terdiri 134 orang, daripada keseluruhan 940 jemaah dari negeri ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Ill Datuk Shahelmey Yahya, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Dalam pada itu Mohd Na'im turut menasihati agar setiap jemaah mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa Arab Saudi dan peraturan Tabung Haji bagi menjamin keselamatan jemaah serta melicinkan lagi proses mengerjakan haji.

Beliau turut memberi peringatan kepada pengurusan Tabung Haji agar sentiasa berusaha memantapkan perkhidmatan agar terus dapat memberikan kelesaan kepada semua pihak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Peminat Apple Teruja, Tak Kisah Beratur Panjang Untuk Jadi Pelanggan Pertama

2

Semasa 1 minggu yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Ratusan Kipas Kabus Dipasang Demi Keselesaan Jemaah Haji

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan