web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2024 8:21AM

Dr Mohd Na’im Mokhtar (dua, kiri) menyambut kepulangan jemaah di KLIA - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 280 orang, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira 9.30 malam tadi, menandakan bermulanya operasi haji fasa kedua untuk Musim Haji 1445H/ 2024M, bagi menyambut kepulangan jemaah haji ke tanah air.

Ketibaan mereka disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Abdul Rashid Hussain serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman.

Kumpulan pertama yang terdiri daripada jemaah Kedah dan Kelantan, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada 6.40 pagi (waktu Arab Saudi) hari yang sama menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines (МН 8251).

Mohd Na im berkata operasi haji tahun ini, berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan dengan tertib dan jayanya.

"Walaupun menghadapi beberapa keadaan yang amat mencabar seperti keadaan cuaca panas terik, namun kesemua para jemaah tetap dapat melaksanakan ibadat dengan selamat, teratur dan mempamerkan tahap disiplin yang tinggi.

"Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada TH, kerana sekali lagi telah meletakkan sepenuh komitmen dalam menyampaikan perkhidmatan bermutu tinggi dan tatakelola pengurusan yang amat cekap dengan pelbagai penambahbaikan demi kelancaran dan keselesaan ibadah para jemaah negara," katanya.

Mohd Na'im berkata komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan TH dalam mengendalikan operasi haji tahun ini juga terbukti, dengan pengiktirafan oleh Kerajaan Arab Saudi melalui Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan, buat kali ketiga berturut-turut.

"Bagi pihak kerajan Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada TH, agensi kerajaan, badan korporat, para dhuyufurrahman dan semua pihak yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung, dalam menjayakan operasi haji kali ini dan semoga amal kebajikan ini mendapat keberkatan di sisi Allah," katanya.

Mohd Na’im berkata setakat hari ini (semalam), seramai 18 jemaah haji negara, iaitu 13 lelaki dan lima perempuan berusia antara 37 hingga 79 tahun, meninggal dunia di Tanah Suci dengan kebanyakan mereka terkena serangan jantung dan mendapat jangkitan kuman pada darah.

Beliau berkata daripada 18 jemaah yang meninggal dunia, 10 jemaah sempat berwukuf pada 9 Zulhijah lepas, manakala urusan badal haji bagi baki lapan jemaah yang tidak sempat berwukuf, telah disempurnakan oleh pihak TH tanpa mengenakan sebarang kos tambahan.

Mohd Na’im berkata pihak TH serta agensi akan mengadakan pascanilai untuk mengenal pasti aspek penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk musim haji yang akan datang.

Sementara itu, Syed Hamadah berkata pengiktirafan Anugerah Labbaittom yang diterima menjadi pemangkin buat TH, untuk sentiasa mencari ruang inovasi dalam menyedia dan memberikan perkhidmatan yang terbaik setiap tahun.

"TH akan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji negara dan membuat penilaian teliti bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi musim haji akan datang.

"Matlamat dan objektif yang digariskan untuk operasi haji kali ini telah berjaya dicapai, antaranya TH telah membantu menyelaraskan supaya hampir kesemua jemaah haji dapat melaksanakan wuqut di Aratah pada 9 Zulhijah dan ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW dalam riwayat At-Tirmizi, haji itu adalah Arafah," katanya.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas disediakan oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines, bagi membawa kesemua jemaah haji pulang ke tanah air bermula 24 Jun dan penerbangan terakhir dijadualkan pada 20 Julai. - BERNAMA

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes

Sukan 14 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar

Semasa 6 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Politik 14 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri