web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Jun 2024 8:38PM

Pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bertanggungjawab sepenuhnya untuk mereka pakaian rasmi kontinjen Malaysia bagi sebarang kejohanan sukan.

Ini bermakna perkara itu bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menteri berkenaan, Hannah Yeoh berkata, rekaan pakaian rasmi itu adalah hasil kerjasama antara Yonex dan MOM sepenuhnya.

“Ia di luar bidang kuasa KBS dan Majlis Sukan Negara,” katanya menerusi ciapan di aplikasi X hari ini.

Semalam, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melancarkan pakaian rasmi kontinjen Malaysia yang akan mewakili negara bagi temasya Sukan Olimpik Paris pada 26 Julai hingga 11 Ogos.

Menerusi kenyataan, MOM memaklumkan bahawa kontinjen Malaysia akan menyarung pakaian daripada Yonex Sunrise Malaysia.

Pakaian rasmi kontinjen negara bagi Kejohanan Olimpik di Paris bertemakan warna emas sebagai simbolik usaha dan impian Malaysia untuk mengejar pingat emas.

Namun ia mengundang kritikan orang ramai yang menyifatkan rekaan pakaian itu tidak lansung mencerminkan kemegahan sukan berprestij itu dan hanya akan memalukan atlet dan mencemarkan nama negara. - Getaran, 24 Jun 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah