web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2024 5:37PM

Noorfadhilah Mohd Idris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung penganjuran Konsert Double Trouble 2, tahun lepas.- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas penolong pengurus sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung penganjuran Konsert Double Trouble 2, tahun lepas.

Tertuduh, Noorfadhilah Mohd Idris, 37, didakwa meminta suapan RM30,000 daripada Abd Zamin Abd Kadir sebagai upah untuk tertuduh membantu mendapatkan kelulusan Geran Dana Kandungan Digital bagi syarikat Playmad Sdn Bhd bagi penganjuran konsert tersebut.

Bagi pertuduhan kedua, wanita yang sedang hamil lapan bulan itu didakwa menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu cek tunai RM13,900 daripada akaun bank milik Anggerik Event Sdn Bhd sebagai upah kerana membantu mendapatkan kelulusan geran sama bagi penganjuran konsert tersebut.

Noorfadhilah didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di ibu negara dan sebuah bank cawangan Setapak, Taman Setapak Indah Jaya di sini antara Januari dan 11 September 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, Noorfadhilah boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali menawarkan jaminan RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Mohd Zali Shaari yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya yang sarat mengandung lapan bulan sudah tidak bekerja berikutan kes berkenaan.

"Anak guam saya kini sedang mengandung anak ketiga serta mempunyai dua anak masing-masing berumur empat serta sembilan tahun dan kini membantu suaminya yang bekerja sendiri," katanya.

Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengn seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 9 Ogos depan untuk sebutan kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

4

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang