web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Ella terbang ke Singapura terlebih dahulu sebelum singgah ke Resorts World Genting hujung Oktober.

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2024 11:15AM

Ella menyampaikan lebih 30 buah lagu dengan penuh bertenaga dalam Konsert 'Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia' di Plenary Hall, KLCC hujung minggu lalu.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ yang berlangsung di Plenary Hall, KLCC selama dua hari pada hujung minggu lalu berjaya mengumpulkan 6,000 peminat untuk sama-sama berlagu riang.

Selama dua jam, peminat dapat menyaksikan ratu rock kesayangan ramai ini menyampaikan lebih 30 buah lagu dengan penuh bertenaga, biarpun usianya sudah genap 58 tahun pada 31 Julai lalu.

Ella punya aura tersendiri, masih lincah, manja dan bijak mengambil hati para peminat yang tak jemu memberi sokongan. Antara lagu-lagu yang disampaikan ialah Kesal, Puteri Kota, Nuri, Bayangan, Retak, Sembilu, Gemilang dan Kasih yang didedikasikan kepada rakyat Palestin yang kini ditindas hebat oleh Zionis.

Berbeza dengan konsert-konsert terdahulu, ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ menyaksikan Ella tampil dengan kelainan apabila dia turut menyelitkan segmen untuk  lagu-lagu klasik dengan mengundang Haziq Rosebi pada hari pertama dan Dayang Nurfaizah untuk hari kedua. 

Ella bersama Dayang Nurfaizah pada hari kedua konsert.
Ella bersama Dayang Nurfaizah pada hari kedua konsert.

Seperti biasa, Ella turut mengheret suaminya, Kapten Azhar untuk berduet dalam lagu Mendung Tak Bererti Hujan.

Sebelum konsert seterusnya singgah ke Resorts World Genting pada 26 Oktober depan, Ella dan seluruh produksi terlibat akan terbang ke Kota Singa dahulu bagi mengubat kerinduan peminat di sana.

‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ edisi Singapura dijadualkan pada 12 Oktober  bertempat di The Star Theatre. Sekali lagi, ia dibawakan oleh produksi Ella sendiri, RockQueen dengan kerjasama Hitman Solutions.

“Saya ingin ke Singapura lagi bagi melepas rindu bersama semua peminat di sana sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka yang tidak berbelah bagi setelah sekian lama,” ujar Ella.

Tambahan pula, siri konsert yang lalu ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota (Singapura)’ mendapat sambutan luar biasa, di mana kesemua tiket habis dijual untuk kedua-dua malam konsert tersebut.

Ella dan Datuk Acis.
Ella dan Datuk Acis.

Masih mengekalkan khidmat pengarah muzik yang sama, Datuk Acis dengan barisan pemuzik profesionalnya, Ella juga turut mengekalkan tema solidariti di setiap konsert.

“Malam konsert nanti bertemakan rona hitam, putih, merah dan hijau tanda sokongan kita yang tidak henti-henti buat rakyat Palestin,” kongsi Ella.

“Saya bersyukur di atas izin-Nya dengan nikmat kesihatan dan masih berpeluang menghiburkan ramai orang, gabungan band rock dan orkestra memerlukan banyak usaha dan kerja yang teliti.

“Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik dan jangan lupa dengan janji kita di konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia (Singapura)’ pada 12 Oktober nanti di The Star Theatre,” pesan Ella.

Selaku penganjur bersama, Pengasas & Ketua Pengarah Eksekutif Hitman Group, Rohit Rampal berkata, “Ella bukan sahaja Ratu Rock tetapi dia juga Ratu ‘Sold-Out’, dan kami sangat terharu serta bersyukur melihat peminat-peminat Ella yang tidak pernah jemu-jemu menyaksikan persembahan beliau secara langsung.”

“Konsert ini sendiri tercipta di atas permintaan beliau untuk lebih intim bersama peminat-peminatnya, dan lebih ekslusif dengan konsep gabungan rock dan orkestra. 

“Kami menjanjikan pengalaman yang istimewa daripada segi rekaan pentas, penataan cahaya dan sistem bunyi yang canggih bagi memastikan setiap yang datang mendapat  kepuasan yang diinginkan,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkenaan konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia (Singapura)’, boleh hubungi 012-265 5783. – Getaran, 16 Ogos, 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 minggu yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

3

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Tam Tak Sangka Konsert Sulung Spider Dapat Sambutan Luar Biasa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara