web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

Album yang memuatkan 20 buah lagu ini mempersembahkan pelbagai sub genre rock, daripada pop rock hinggalah ke metal rock.

Muzik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2024 2:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelancaran album kompilasi ‘Rock Never Dies’ baru-baru ini menyaksikan 20 buah kumpulan rock tampil bersatu memperjuangkan genre muzik yang tak pernah lapuk di telan zaman ini. 

Album yang memuatkan 20 buah lagu ini mempersembahkan pelbagai sub genre rock, daripada pop rock hinggalah ke metal rock. Lebih mengujakan, kesemua lagu yang dimuatkan adalah karya terbaharu, bukan lagu-lagu lama yang diulang pakai. Dek kerana  itulah, ‘Rock Never Dies’ sudah terjual melebihi sasaran awal. 

Sebagai salah seorang peminat muzik rock, pasti ada yang tertanya-tanya tentang senarai kumpulan yang terlibat. Maklumlah, bukan mudah untuk mengumpulkan 20 buah kumpulan dalam satu projek sebegini. 

Kompilasi album yang dianjurkan FGI Entertainment dibantu Melissa Records telah dirancang sejak awal tahun lalu di mana ia berjaya mengumpul kumpulan rock daripada pelbagai latar bagi memberi peluang peminat rock menikmati muzik dalam sebuah naskhah unik.

Ramai kumpulan rock telah berpecah, namun projek ini berjaya menggabungkan semula mereka untuk sama-sama meneruskan perjuangan. 

Kumpulan EXiT yang wujud sejak 1985 juga ada menyumbangkan lagu mereka. Begitu juga dengan kumpulan Bahtera yang albumnya pernah mengundang kontroversi sehingga digam suatu ketika dahulu. Nama-nama baru seperti Bumantra, Crossover dan Burntara juga tidak kurang hebatnya. 

Selain itu, terdapat juga penyertaan daripada kumpulan rock indie seperti The Alif Ft. MARIONEXXES. Tidak ketinggalan wakil dari Singapura iaitu kumpulan The Flow dan Korokodel.

Majlis pelancaran album yang dirasmikan oleh vokalis Wings, Datuk Awie, turut menyaksikan pelancaran Konsert 'Rock Never Dies' yang akan berlangsung pada 10 Ogos hadapan, bertempat di Warisan Hall Studio, Teluk Panglima Garang, Selangor. Tiket-tiket dijual pada harga mampu milik, iaitu hanya RM50.

Album 'Rock Never Dies' boleh didapati dengan membuat tempahan di akaun media sosial setiap band terlibat. 

Bagaimanapun, cetakan pertama 600 unit telah pun habis dijual, dan kini mereka sedang membuka tempahan untuk tempahan baharu. Album yang dijual dalam bentuk CD dan pemacu kilat USB (pendrive) ini berharga RM50.  

Berikut adalah susunan lagu (tracklist) dalam album 'Rock Never Dies' :

1. Si Bunga Kota - Melissa Band
2. Viva La Adilism - Roots N Boots
3. Serahan Jiwa - LEMON T 
4. Halal - THE ALIF ft MARIONEXXES
5. Aku Janji - BAHTERA 
6. Kemarau Panjang - MEDITASI
7. Hey Bro - Sons Of Adam
8. Aku Lelaki - The Voltage
9. Ampunkanlah - SENNA
10. Sendiri Aku Di Sini - X-ternal 
11. Terus Lah Lantak Lah Buat Lah - Zubira
12. Sampai Bila - KOROKODEL 
13. Mati Itu Pasti - CROSSOVER 
14. Dunya - BUMANTRA
15. Cinta Hati - The Flow 
16. Bayang - XNERGY 
17. Arah Yang Satu - BurnTara Band
18. Jiwa Rock Kapak - EXiT 
19. Politik - SIOT 
20. Taufan Ganas - MANUSIA 

Untuk maklumat lanjut serta pembelian tiket konsert, anda boleh menghubungi Pentas Aksi di talian 0175556815. – Getaran, 14 Julai, 2024

Foto : Pentas Aksi

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 minggu yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Tam Tak Sangka Konsert Sulung Spider Dapat Sambutan Luar Biasa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara