web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Pelacuran Warga Asing Tumpas, 75 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2024 8:26AM

Gambar Jabatan Imigresen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pelacuran warga asing menerusi operasi khas di lapan lokasi sekitar Lembah Klang dengan penahanan 75 individu kelmarin.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata operasi yang bermula pada 1.45 tengah hari itu melibatkan sepasukan pegawai serta anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Beliau berkata operasi itu berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu sebelum anggota pasukan terbabit diatur gerak ke lokasi dan menahan 57 wanita masing-masing 32 warga Indonesia, 11 warga Bangladesh, lapan warga Vietnam dan enam warga India.

"Turut ditahan 10 lelaki masing-masing tujuh warga Bangladesh, dua warga Myanmar dan seorang warga Indonesia yang kesemuanya berusia lingkungan 17 hingga 46 tahun selain tujuh lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia lingkungan 23 hingga 65 tahun," katanya.

Ruslin berkata semakan awal mendapati 13 wanita Indonesia dan empat wanita Vietnam yang ditahan memiliki pas masih sah manakala dua lagi wanita warga Indonesia dan seorang warga Vietnam telah tinggal lebih masa.

"Warga asing lain yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini. Pasukan operasi telah merampas satu telefon bimbit, 15 pasport Indonesia, lima pasport Vietnam, wang tunai sebanyak RM1,750, satu set komputer dan 10 buku kerja daftar pelanggan," katanya.

Beliau berkata modus operandi sindiket ialah menawarkan perkhidmatan urutan badan serta pelacuran dan pelanggan akan hadir sendiri ke premis serta memilih wanita warga asing berdasarkan katalog yang diberikan.

"Pelanggan juga boleh memilih wanita warga asing dengan menggunakan foto mereka melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp. Bayaran secara tunai akan diberikan kepada penjaga premis semasa pelanggan mula memasuki bilik dan kadar bayaran yang dikenakan ialah antara RM100 hingga RM400 bagi satu jam.

"Kesemua warga asing ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut," katanya.

Ruslin berkata tujuh lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang dipercayai bekerja sebagai penjaga premis ditahan di bawah Seksyen 56(1)(d) serta Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Sindiket Judi Jana Pendapatan RM3 Juta Sebulan Didalangi Warga China Tumpas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia