web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2024 4:00PM

Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia komited dalam menambah baik perkhidmatan autogate di pintu masuk utama di negara ini iaitu pergerakan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan semalam berkata jabatan itu akan mengkaji dan memperkemas proses kerja bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

“Jabatan ini dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dalam perancangan untuk menambah bilangan autogate bagi menampung permintaan penggunaannya yang semakin mendapat sambutan daripada pelawat asing ketika ini,” katanya.

Juslin berkata pegawai Imigresen yang bertugas di pintu masuk diberi latihan secara berterusan dalam menguruskan kemasukan pelawat asing dan sentiasa diingatkan untuk menjalankan tugas selaras dengan prosedur kerja standard yang ditetapkan.

“Jabatan ini sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan mengalu-alukan cadangan penambahbaikan sebagai usaha berterusan untuk menambah baik kelancaran pergerakan di pintu masuk utama negara.

“Ini komitmen jabatan untuk terus menyokong pembangunan ekonomi negara tanpa mengabaikan keistimewaan serta kemudahan untuk warganegara Malaysia,” katanya.

Kemudahan autogate dibuka kepada pelawat asing bermula 1 Jun lalu, selaras dengan pengumuman kerajaan agar penggunaan autogate di pintu masuk utama diperluas kepada 63 negara bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutama setelah negara pulih daripada pandemik COVID-19.

Ruslin berkata, pada 2023 Jabatan Imigresen merekodkan jumlah ketibaan pelawat asing melebihi 30 juta orang.

“Kadar ini terus meningkat dan sehingga Mei 2024, lebih 13 juta pelawat asing direkod memasuki Malaysia untuk pelbagai tujuan.

“Peningkatan ketibaan pelawat asing ini memerlukan proses yang efisien dan pantas tanpa berkompromi daripada aspek keselamatan negara,” katanya.

Ruslin berkata, inisiatif itu terbukti berkesan dan berjaya mempercepat proses pelepasan kepada 10 hingga 15 saat berbanding 30 minit masa menunggu di kaunter manual sekali gus mampu mengurangkan kesesakan di balai ketibaan KLIA. – Getaran, 17 Jun, 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

oleh Diyana Nawwar

Semasa 4 jam yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan