web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Baru Dapat Peluang Berlakon, Mesej Lucah Hafidz Roshdi Disebarkan Bekas Isteri

Perbualan lucah itu berlaku sekitar Januari lalu dan ia dihantar sendiri oleh wanita penyondol terbabit kepada bekas isterinya

Selebriti Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2024 11:15AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru sahaja menghela nafas kerana diberikan tawaran berlakon daripada Global Station untuk drama ‘Bawah Payung Awan’, Hafidz Roshdi diterpa semula dengan kontroversi yang bagaikan tak berpenghujung.

Kali ini, bekas isterinya, Nurul Shuhada mendedahkan perbualan lucah antara pelakon ini dengan orang ketiga atau wanita penyondol sebelum mereka sah bercerai.

Shuhada memuat naik tangkap layar perbualan itu di akaun Instagramnya pada awal pagi Rabu, dan mendakwa perbualan lucah itu berlaku sekitar Januari lalu dan ia dihantar sendiri oleh wanita penyondol terbabit kepadanya.

"Untuk pengetahun chat ini diberi oleh pelakor (penyondol) sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan.”

"Kenapa aku minta cerai? Sebab ini! Ia diberikan kepada saya untuk membuktikan bahawa mereka sangat serius,” tulis Shuhada.

Dalam yang sama, Shuhada turut menjelaskan dia bertindak mendedahkan perbualan tersebut kerana tidak dapat lagi menahan sabar selepas ibunya turut dimalukan oleh Hafidz. 

"Lapan belas bulan saya sabar, kau yang mulakan dulu, maka sila bincangkan, saya pegang kata kata – jangan mula dulu Shu, kalau dia yang sebarkan dulu barulah kongsi. 

"Jadi, disebabkan sampai perbualan mama saya pertahankan saya pun dimalukan,jadi silakan menjamu hidangan,” tulis Shuhada di ruangan kapsyen.

Tidak cukup dengan itu, Shuhada juga mendakwa dia bukan sahaja mempunyai bukti tangkap layar telefon, malah turut menyimpan bukti audio. Jadi Shuhada memberi amaran kepada Hafidz jangan sesekali menjolok sarang tebuan.

Shuhada berkahwin dengan Hafidz pada 30 April 2016, dan pasangan ini bercerai pada 27 Julai lalu. Hasil perkongsian hidup, Hafidz dan Shuhada dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.

Hafidz bersama isterinya, Athira Yuhada
Hafidz bersama isterinya, Athira Yuhada

Pada Disember 2023, Hafidz telah mendirikan rumahtangga dengan Athira Yuhada, wanita yang dilaporkan menjadi orang ketiga dalam perkahwinan sehingga membawa kepada perceraian bersama bekas isterinya, Shuhada.

Perselingkuhan pasangan ini didedahkan oleh Shuhada sendiri dan konflik berada pada kemuncaknya apabila Hafidz telah menyerang Shuhada secara fizikal dan menjadi kes jenayah. Sehingga kini, kes ini masih berlanjutan di mahkamah. – Getaran, 26 Jun, 2024

Foto : IG


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 11 bulan yang lalu

Bicara Kes Pelakon Hafidz Roshdi Cedera Bekas Isteri Bermula 6 Februari

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Sah Bercerai Talak Satu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelakon Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Dibicara Cederakan Isteri

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Isu Isteri Gugurkan Anak – Hafidz Roshdi Buat Dua Kali Laporan Polis, Dakwa Tiada Resit Hospital

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara