web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Isteri Gugurkan Anak – Hafidz Roshdi Buat Dua Kali Laporan Polis, Dakwa Tiada Resit Hospital

Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada ditemui di Mahkamah Syariah Shah Alam bagi sebutan pengesahan lafaz cerai. Namun, kes cerai Hafidz dan Nurul Shuhada ditangguhkan pada 20 Jun depan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 2:21PM

Pelakon Hafidz Roshdi mengakui telah membuat dua laporan polis berhubung dakwaan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri telah mengugurkan anak ketiga mereka - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Hafidz Roshdi mengakui telah membuat dua laporan polis berhubung dakwaan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri telah mengugurkan anak ketiga mereka. 

“Terus-terang, saya agak sedih apabila menerima berita pada 5 Mei lalu daripada daripada pihak peguam defendan kepada peguam saya bahawa Shu telah keguguran, anak ketiga kami. 

“Dalam WhatsApp, dia ada beritahu nak gugurkan kandungan. Saya dah buat laporan polis bagi melindungi diri saya. 

“Tau-tau dia dah gugur. Jadi, saya buat laporan polis (sekali lagi) supaya pihak polis buat siasatan, Sebab dia minta duit kos keguguran, saya tak tahu. Dia tiada bukti resit daripada hospital. 

“Sebab itu, saya buat dua kali laporan polis. Biar pihak polis buat siasatan,” katanya dalam sebuah video wawancara bersama Hlive. 

Hafidz juga memaklumkan bahawa dia percaya dengan kredibiliti barisan pihak peguamnya untuk menyelesaikan perkara ini apabila Shu (panggilan untuk isteri) telah keguguran.

Dalam pada itu, Hafidz juga memberitahu bahawa dia telah berusaha berjumpa dengan anak-anaknya tetapi gagal atas alasan tidak punya kesempatan. 

“Sebagai manusia biasa saya tidak lari daripada kesilapan dan melakukan kesilapan. Saya telah cuba banyak kali berjumpa dengan anak, tetapi tidak berkesempatan,” katanya. 

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan suaminya tentang tindakannya menggugurkan anak, Nurul Shuhada berkata, perkara itu masih lagi berada di dalam siasatan pihak polis. 

“Saya masih belum memberikan kenyataan. Sebab masa polis hubungi saya, saya sedang berada di Kuala Lumpur, bekerja. 

“Sebetulnya, pihak peguam saya sudah pun menjawab kepada pihak peguam dia. Tapi, saya juga tidak faham, mereka tak faham kat mana,” katanya. 

Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada ditemui di Mahkamah Syariah Shah Alam bagi sebutan pengesahan lafaz cerai. Namun, kes cerai Hafidz dan Nurul Shuhada ditangguhkan pada 20 Jun depan.

Mengulas tentang kes perbicaraan yang ditangguhkan pula, Nurul Shuhada berkata, dia sebenarnya baru mendapat pembelaan balas daripada peguamnya.  

"Jawapan pembelaan balas itu diterima daripada daripada pihak diaorang, itu pun semalaman. Tapi kami memang sudah bersedia untuk kes bicara ini. 

“Tapi tiba-tiba mereka  minta tangguh. Saya pun terkejut juga sebab sebelum ini mereka yang memulakan dengan lisan. Kita pun nak habis dengan lisan. Tapi, mereka minta tangguh untuk bertulis pula,” katanya. 

Nurul Shuhada juga tidak dapat menahan emosi apabila diajukan tentang dugaan yang diterimanya lagi apabila kali ini keguguran anak ketiga. 

“Allah Maha Baik. Dengan keadaan diri saya, saya juga tidak boleh tumpu pada bisnes.  Saya juga tak mahu menangis. Saya minta maaf. Anak (anak ketiga yang keguguran) saya dah tunggu saya dah. 

“Tapi, jangan risau, anak-anak sudah bagi nama pada dia. Nama dia Uwais. Doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya dengan nada sebak dan linangan air mata. – Getaran, 9 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Baru Dapat Peluang Berlakon, Mesej Lucah Hafidz Roshdi Disebarkan Bekas Isteri

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

Bicara Kes Pelakon Hafidz Roshdi Cedera Bekas Isteri Bermula 6 Februari

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Sah Bercerai Talak Satu

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelakon Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Dibicara Cederakan Isteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara