web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Jun 2024 8:05AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seramai 15 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai tukang urut, ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di dua premis yang menawarkan perkhidmatan berkenaan di Cheras di sini, semalam.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, turut ditahan dalam serbuan yang bermula jam 6 petang sehingga 9 malam itu ialah tiga lelaki warga asing, yang dipercayai bekerja sebagai penjaga premis.

Beliau berkata wanita yang ditahan melibatkan sembilan warga negara Thailand, China (2) Indonesia (4) manakala tiga lelaki yang ditahan merupakan warga negara Indonesia, antara 24 hingga 45 tahun.

"Pemeriksaan mendapati semua mereka melakukan kesalahan salah guna pas kerja dan tiada dokumen perjalanan," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi berkenaan di sini.

Wan Mohammed Saupee berkata semua yang ditahan akan dibawa ke Kompleks Imigresen Kuala Lumpur bagi urusan dokumentasi dan siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sementara itu, JIM Kuala Lumpur yang turut melakukan pemeriksaan di kawasan rekreasi Taman Bukit Cheras petang tadi, menahan tujuh lelaki warga negara Myammar ketika sedang bermain sepak takraw.

"Pemeriksan dibuat susulan aduan daripada penduduk taman perumahan itu, yang gusar akan keselamatan mereka susulan ramai warga asing bermain bola sepak dan sepak takraw di situ.

"Pemeriksaan terhadap tujuh individu berkenaan mendapati mereka tidak melakukan kesalahan imigresen, bagaimanapun mereka dibawa ke Kompleks Imigresen Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Pelacuran Warga Asing Tumpas, 75 Individu Ditahan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi