web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2024 1:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Polis menahan lapan lelaki warga asing berumur antara 30 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan kes kematian melibatkan seorang pekerja kilang warga asing berusia 30 tahun di Pulau Meranti, Puchong, Selangor pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kesemua individu itu ditahan di kediaman mereka di Pulau Meranti dan Kampung Baru, Sungai Buluh, Selangor, pada kira-kira 11 malam, hari yang sama.

Beliau berkata pihaknya turut menemukan sebatang kayu dipercayai digunakan untuk memukul mangsa di dalam kawasan pagar kilang berhadapan kabin tempat tinggal mangsa.

“Pada Jumaat, lebih kurang pukul 9.40 pagi, pihak polis (daerah Sepang) telah menerima satu laporan daripada pegawai perubatan Hospital Cyberjaya yang memaklumkan bahawa seorang lelaki bukan warganegara telah dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami pendarahan pada bahagian kepala dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata susulan tangkapan, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Beliau berkata kes masih dalam siasatan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang tidak tepat sehingga mengganggu proses siasatan atau menimbulkan kegusaran awam. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91