web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2024 3:53PM

Pengasuh berusia 30 tahun itu direman bermula hari ini hingga 13 Ogos. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Pengasuh yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun direman enam hari bermula hari ini hingga 13 Ogos.

Perintah reman terhadap wanita berusia 30 tahun itu dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi selepas menerima permohonan pihak polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan malam tadi dilaporkan berkata wanita itu ditahan petang semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Polis menerima laporan daripada bapa kanak-kanak itu kira-kira 7.20 malam Isnin lepas setelah mendapati mangsa tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh di lantai di rumah pengasuhnya di sini.

Kanak-kanak itu yang dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pediatrik kira-kira 11.10 malam Selasa.

Bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada kepala akibat trauma tumpul. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 14 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok