web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Luar Negara Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2024 8:34PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA – Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak Oktober lepas telah mencecah 36,550 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang dikepung itu pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 82,959 orang turut cedera dalam serangan itu, tambah kementerian itu dalam satu kenyataan memetik Agensi Anadolu.

"Tentera Israel membunuh 71 orang dan mencederakan 182 yang lain dalam tujuh pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga dalam tempoh 24 jam yang lepas," menurut kementerian itu.

"Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," katanya.

Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas wilayah Palestin sejak 7 Oktober 2023 walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera di wilayah itu.

Hampir lapan bulan selepas perang Israel, sebahagian besar gaza runtuh di tengah- tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang melumpuhkan.

Israel dituduh melakukan "pembunuhan beramai-ramai" di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang dalam keputusan terbarunya telah mengarahkan Tel Aviv untuk segera menghentikan operasinya di Rafah, iaitu lebih sejuta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diserang pada 6 Mei. – BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Semasa 2 jam yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

oleh Wartawan The Malaysian Insight