web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2024 8:32AM

Anwar Ibrahim mengakui beliau kecewa dengan respons AS terhadap rayuan Malaysia. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.

Dalam satu temu bual bersama Al Jazeera pada Ahad, Anwar menegaskan bahawa kuasa besar itu mempunyai keupayaan untuk melakukannya.

"AS harus melakukan apa sahaja yang perlu untuk menghentikan keganasan...mereka mempunyai pengaruh, mekanisme dan kemahiran diplomatik, semuanya digabungkan untuk dapat memaksa Israel menghentikan (kekejaman)," katanya pada program Talk To Al Jazeera.

Anwar berkata AS dan kebanyakan negara di Barat, seperti agak hipokrit tentang apa yang mereka perkatakan mengenai hak asasi manusia dan demokrasi, dengan sikap bertolak ansur terhadap kekejaman yang berterusan kepada penduduk yang tidak bersalah di Gaza.

Menjawab pertanyaan Sami Zeidan sama ada beliau bersetuju bahawa Israel melakukan genosid di Gaza, Anwar berkata berdasarkan kepada jumlah kematian dan tahap kemusnahan, dengan keadaan kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berpeluang untuk meneruskan hidup, tiada istilah lain yang boleh digunakan lagi.

"Tiada seorang pun yang waras boleh menafikan hakikat bahawa ia sama ada penghapusan etnik atau apartheid atau genosid. Jelas sekali, itu yang berlaku," katanya.

Anwar mengakui beliau kecewa dengan respons AS terhadap rayuan Malaysia itu dan menyatakan bahawa beliau tidak lagi sanggup untuk melihat kekejaman dilakukan setiap hari terhadap wanita dan kanak-kanak.

"Saya telah merayu kepada Amerika Syarikat, di hadapan Presiden Joe Biden, yang telah mendengar dengan penuh perhatian terhadap luahan dan permintaan saya. Tidak ada sebarang jawapan. Tetapi saya bercakap sebagai seorang rakan," katanya.

Ditanya sama ada AS menekan Malaysia untuk cuba dan mengubah pendiriannya terhadap konflik Gaza, Anwar berkata tidak secara langsung kerana Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan negara itu dan akan terus berbuat demikian.

Beliau berkata Malaysia sentiasa mengambil pendirian yang tetap terhadap perjuangan Palestin, selaras dengan pendirian dasar luarnya untuk mempertahankan hak asasi manusia dan aspirasi keabsahan semua negara.

Mengenai pertemuannya dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Qatar baru-baru ini, Anwar berkata perkara itu adalah semata-mata diplomatik dan politik, serta memaklumkan mereka mengenai kebimbangan pihak lain.

Beliau berkata perkara itu merupakan sesuatu yang telah dilakukan Qatar, apabila cuba mendapatkan pembebasan tebusan melalui hubungan dan berurusan dengan Hamas.

"Saya memaklumkan perkara itu kepada Amir Qatar, mengenai siapa yang akan mengambil langkah yang memberi manfaat kepada masyarakat antarabangsa. Jika seseorang perlu berurusan dengan Hamas, sama ada anda suka atau tidak, mereka mewakili sebahagian daripada rakyat Palestin di Gaza dan anda tidak boleh menafikan itu," kata Anwar. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang