web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2024 1:22PM

Dr Zaliha Mustafa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Pengurusan Pokok Berisiko di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 90 pokok berisiko tinggi di ibu negara sedang ditebang dan proses itu dijangka selesai awal Julai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Katanya, operasi pemotongan pokok tersebut sedang dijalankan.

Pokok-pokok itu telah disyorkan untuk ditebang selepas dikenal pasti berisiko tumbang dan menyebabkan kecederaan.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, Dr Zaliha berkata sebanyak 240 pokok lagi sedang dalam proses penilaian tahap risiko, dan proses ini dijangka berakhir pada awal Ogos.

Beliau juga mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Pengurusan Pokok Berisiko hari ini untuk mewujudkan kerjasama dalam penyelidikan, pengetahuan, teknologi dan kepakaran dalam pengurusan pokok bandar di ibu kota.

Mesyuarat itu melibatkan wakil dari Universiti Putra Malaysia, Persatuan Arboris Malaysia, Persatuan Arkitek Landskap Malaysia, Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Landskap Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM). 

“Keanggotaan task force ini turut diperluas kepada NGO (pertubuhan bukan kerajaan) berkaitan alam sekitar," katanya. 

Dr Zaliha berkata pasukan petugas itu akan meneroka potensi menubuhkan satu tabung dana amanah kawasan hijau bagi menggalakkan perkongsian awam – swasta melalui pendekatan keseluruhan negara dalam meningkatkan kompetensi landskap hijau di samping mengekalkan peratusan kawasan hijau di Kuala Lumpur sebagaimana disasarkan oleh Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040.

“Saya juga telah mengarahkan pasukan petugas untuk meneliti pelan penggantian pokok dengan memberi fokus kepada Program Penanaman Setu Juta Pokok di Kuala Lumpur, dan memberi perhatian kepada faktor-faktor seperti spesies pokok, ruang penanaman, kedalaman akar dan lain-lain,” katanya. – The Malaysian Insight, 26 Jun, 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Penunggang Motosikal Cedera Pokok Tumbang Di Melaka

2

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Fuhhh! Nasib Baik Sempat Brek

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Peniaga Terjejas Ditawarkan Gerai Ganti, Pengecualian Sewa

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 20 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Sukan 1 hari yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight