web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2024 8:50AM

Gerai peniaga di Medan Selera SS2, Petaling Jaya rosak teruk akibat pokok tumbang selepas hujan lebat dan ribut kuat, kelmarin. – Gambar Diyana Nawwar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA  - Sekurang-kurangnya 25 peniaga di Medan Selera SS2, Petaling Jaya mengalami kerugian besar apabila gerai mereka rosak teruk akibat pokok tumbang selepas hujan lebat dan ribut kuat, kelmarin.

Mereka memberitahu, insiden tersebut berlaku kira-kira jam enam petang, ketika medan selera berkenaan baru dibuka kepada pelanggan.

Seorang peniaga, How Ben Heng, 35, ketika berkongsi detik cemas itu memberitahu, ayahnya sedang memasak di gerai apabila ribut mula melanda.

“Masa kejadian saya tidak di dalam gerai tapi di luar. Saya terus bawa mak saya ke tempat yang selamat.

“Ayah saya dalam gerai masa pokok itu tumbang dan dia tidak dapat keluar, tapi mujurlah pokok itu tidak menimpa ayah saya dan dia tak mengalami sebarang kecederaan,” katanya katanya ketika ditemui Getaran.

Peniaga, How Ben Heng.
Peniaga, How Ben Heng.

Ben Heng berkata, gerainya antara yang paling teruk terjejas dan rosak 100 peratus. Beliau mendedahkan, ini bukan kali pertama gerai mereka berdepan insiden pokok tumbang.

“Kejadian sama pernah berlaku pada tujuh tahun lepas, masa itu pun sama, pokok tumbang akibat ribut.

“Selepas itu kita ada minta pihak berkuasa tempatan untuk potong pokok sebab nak elak kejadian sama,” katanya.

Namun dakwa Ben Heng, permintaan peniaga hanya dipandang sepi sehinggalah kejadian sama berlaku kembali.

“Sebab itu kita marah, bukan kita tak pernah buat aduan. Ada tapi tak diendahkan.

“Mujurlah tidak ada sesiapa yang cedera atau mati sebab kejadian semalam (kelmarin). Kalau ada yang hilang nyawa siapa nak bertanggungjawab,” katanya, kesal.

Seorang lagi peniaga, Jalani  Abu Kohor, 60, tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila melihat gerainya musnah akibat kejadian tersebut.

Jalani berkata, bebannya semakin bertambah kerana insiden itu menyebabkan dia kehilangan sumber pencariannya.

“Saya sedih sangat sebab memang gerai saya musnah. Saya bukan sahaja kerugian kerana barang- barang berniaga sudah rosak tapi sekarang nak berniaga pun tak boleh.

“Kita berniaga pun tak ada untung. Sehari boleh dapat RM100 atau RM200 sahaja. Ada hari tak ada pelanggan langsung,” katanya.

Jalani yang sudah berniaga lebih 30 tahun turut melahirkan harapan agar pihak berwajib membantu memudahkan urusan peniaga untuk menerima pampasan.

“Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) maklumkan supaya peniaga buat laporan polis dan nyatakan kerugian untuk tuntut pampasan.

“Tapi yang kita khuatir proses itu ambil masa lama sedangkan kami peniaga tidak boleh tunggu lama sebab berniaga adalah mata pencarian kami,” katanya.

Jalani  Abu Kohor.
Jalani  Abu Kohor.

Selain Petaling Jaya, kejadian pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di Jalan Telawi, Bangsar.

Seorang pekerja kedai cenderamata, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 27, berkata, ini merupakan kali pertama insiden seumpama itu berlaku sejak tiga tahun bekerja di situ.

“Semalam (kelmarin) hujan tak lebat sangat tapi ribut. Masa kejadian itu dah nampak ada satu dahan pokok macam nak patah.

“Dan selepas itu dahan pokok besar patah dan hampir nak kena kedai. Mujur saya sempat turunkan pagar besi,” katanya.

Pemuda itu berkata, hujan mula berhenti kira-kira jam tujuh malam, tapi berlaku kesesakan teruk kerana pokok tumbang telah menghalang laluan kenderaan. - Getaran, 27 Mei 2024

Foto: Diyana Nawwar

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Wanita Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Pantai Remis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Penunggang Motosikal Cedera Pokok Tumbang Di Melaka

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Fuhhh! Nasib Baik Sempat Brek

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki