web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Pantai Remis

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2024 8:07AM

Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Seorang wanita berusia 29 tahun mengalami kecederaan di kepala akibat dihempap dahan pokok yang tumbang ketika berada di bawah gazebo (pondok kecil) dalam kejadian di Rimba Segari, Pantai Remis, kira-kira 87 kilometer (km) dari sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihak bomba menerima panggilan pada 8.24 malam dan mendapati pokok tersebut turut menghempap sebuah kenderaan milik keluarga mangsa.

"Mangsa telah dibawa oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan. Anggota bomba kemudian membuat kerja-kerja pemotongan dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan di kawasan itu ," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba Pantai Remis, Muhammad Hanafi Mohamed Rasidi berkata mangsa datang beriadah di kawasan berkenaan bersama keluarga dan dikatakan sedang memasak di bawah gazebo itu.

"Ketika itu keadaan angin agak kencang menyebabkan pokok berhampiran tumbang dan menghempap gazebo dan kenderaan mereka," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penunggang Motosikal Cedera Pokok Tumbang Di Melaka

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Fuhhh! Nasib Baik Sempat Brek

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Peniaga Terjejas Ditawarkan Gerai Ganti, Pengecualian Sewa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi