web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Insiden Pokok Tumbang: Peniaga Terjejas Ditawarkan Gerai Ganti, Pengecualian Sewa

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2024 8:18PM

Lim Yi Wei (tengah, baju hitam) ketika melawat kawasan yang terjejas akibat insiden pokok tumbang - Gambar Diyana Nawwar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA – Beberapa langkah penyelesaian segera akan dicadangkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi membantu peniaga yang terkesan akibat insiden pokok tumbang Sabtu lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei berkata, antara cadangan yang dikemukakan adalah menawarkan gerai ganti di mana-mana premis kosong milik MBPJ dan pengecualian sewa.

“Kita juga akan mencadangkan kepada MBPJ untuk mempercepatkan pembaikan gerai supaya peniaga ini boleh berniaga semula.

“Selain itu, kita juga mahu MBPJ untuk segera mencantas atau menebang pokok tinggi yang masih ada di Taman SS 2/61, terutamanya yang berdekatan dengan gerai, bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya kepada Getaran ketika ditemui. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Getaran berhubung nasib 25 peniaga di Medan Selera SS2, Petaling Jaya yang mengalami kerugian besar, apabila gerai mereka rosak teruk akibat pokok tumbang selepas hujan lebat dan ribut kuat pada Sabtu.

Yi Wei berkata, tujuh daripada 25 peniaga di Medan Selera itu dikenal pasti mengalami kemusnahan gerai dan harta benda sepenuhnya.

Justeru, beliau menasihatkan ketujuh-tujuh mangsa untuk membuat laporan polis dan menyatakan jumlah kerugian dalam laporan tersebut.

“Sebagai langkah susulan, kami akan mengadakan perjumpaan bersama Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo, serta MBPJ untuk membincangkan jenis dan jumlah pampasan yang boleh diberikan untuk membantu peniaga,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan peniaga di medan selera bahawa MBPJ hanya memandang sepi aduan untuk memotong pokok di kawasan sekitar, Yi Wei berkata beliau perlu menyemak perkara itu terlebih dahulu.

“Saya dimaklumkan bahawa Ahli Majlis Petaling juga ada mengutarakan hal itu dengan Jabatan Landskap pada 14 Mei lalu.

“Tapi apa pun, saya perlu membuat semakan terlebih dahulu,” katanya.

Semalam, wakil rakyat itu turun padang melawat beberapa kawasan yang terjejas akibat pokok tumbang disebabkan ribut dan hujan.

Selain Yi Wei, Gobind yang juga Menteri Digital turut meninjau kawasan yang terjejas termasuk bertemu dengan peniaga di Medan Selera SS2 di sini. - Getaran, 27 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Penunggang Motosikal Cedera Pokok Tumbang Di Melaka

3

Video & Galeri 4 minggu yang lalu

Fuhhh! Nasib Baik Sempat Brek

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa

Semasa 1 hari yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu