web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 8:09PM

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan menyiarkan maklumat statistik jumlah kes kemalangan jalan raya dan kematian secara harian, sepertimana hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai kesesakan dan keselamatan jalan raya.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, statistik kemalangan jalan raya mengenai kes kemalangan dan kematian seluruh Malaysia itu akan dikeluarkan secara masa nyata dengan mengambil data kemalangan yang berlaku pada hari sebelumnya.

"Penyiaran berbentuk info grafik akan dimuat naik menerusi laman sosial rasmi JSPT seperti Facebook, Instagram dan X bermula 15 Mac (hari ini) dan masa dikeluarkan pada sebelum atau jam 2 petang.

"Penyiaran data statistik ini kepada umum adalah sebagai langkah meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai betapa seriusnya kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada setiap hari," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azman menyeru semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang sudah ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

"Kerjasama daripada orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran terhadap kepentingan menjaga keselamatan dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Aliran Trafik Di PLUS Mulai Meningkat Menjelang Tahun Baharu Cina Esok

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Aliran Trafik Bergerak Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Semasa 8 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Luar Negara 1 hari yang lalu

1,301 Jemaah Disahkan Meninggal Dunia, 83 Peratus Tidak Miliki Permit Tunai Haji 

oleh Diyana Nawwar

Sukan 8 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC