web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 9:59AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar, namun bergerak perlahan di sebahagian kawasan ekoran peningkatan jumlah kenderaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina, setakat jam 9 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara) dan Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) serta Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas yang sesak tetapi lancar dan terkawal.

Aliran trafik menuju utara bergerak perlahan antaranya dari arah Rawang ke Sungai Buaya, Slim River ke Sungkai, Perak dan di selatan, arah Nilai ke Bandar Ainsdale, menghala Seremban.

"Aliran trafik dari Skudai ke Senai dan Kulai ke Simpang Renggam juga dilaporkan perlahan. Smart Lane diaktifkan. Bagi Lebuhraya KL - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 lancar untuk dilalui setakat ini.

"Begitu juga aliran trafik di Tol Bentong, juga lancar dan tiada sebarang peningkatan jumlah kenderaan," katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.

Akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan aliran trafik bergerak lancar, namun terdapat beberapa lokasi perlahan disebabkan kemalangan.

"Kemalangan di Kilometer (KM) 47.6 dari Sedenak ke Simpang Renggam. Tiada lorong terhalang. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati. Harap maklum," katanya.

Menurut PLUS Trafik, terdapat kereta rosak di ELITE KM 1.3 arah selatan dari Shah Alam ke Seafield menyebabkan lorong kiri terhalang, namun aliran trafik terkawal. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

3

Budaya 7 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

4

Jelajah 7 bulan yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang