web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 12:22PM

gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu pacuan empat roda maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah bas ekspres di Kilometer 425.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Hospital Sungai Buloh, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, dua individu yang cedera parah dikenal pasti sebagai penumpang kenderaan pacuan empat roda dan pemandu kereta jenis Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan.

Beliau berkata, enam lagi mangsa yang cedera ringan adalah seorang lelaki dewasa, empat wanita dan seorang kanak-kanak lelaki dan kesemuanya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

"Semua 24 penumpang dan dua pemandu bas ekspres bagaimanapun tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 11.37 malam dan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat rawang bersama sebuah jentera, ambulans dan pacuan empat roda dikerah ke lokasi kejadian.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang maut dan cedera selesai jam 1.15 pagi tadi," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

4

Semasa 4 minggu yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Sukan 1 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 22 jam yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

oleh Wartawan Getaran