web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pakaian Rasmi Sukan Olimpik Mengecewakan Rakyat Malaysia

Ramai yang berpendapat rekaan baju ketinggalan zaman dan hanya setaraf untuk acara sukan peringkat sekolah

Gaya Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2024 4:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 yang berupa baju berkolar, baju T dan jaket sekali lagi mengundang kecaman dan menjadi bualan hangat di platform media sosial. 

Set pakaian dari kepala hingga kaki oleh Yonex Sunrise Malaysia itu bertemakan emas untuk mencerminkan usaha Malaysia yang tidak henti-henti mengejar pingat emas yang sukar dicapai di Sukan Olimpik.

Biarpun tema pilihan sudah gah, namun ramai berpendapat, pakaian rasmi yang diperkenalkan sempena sambutan Hari Olimpik di The Exchange TRX pada Ahad lalu itu kelihatan ketinggalan zaman, buruk dan seolah-olah dihasilkan untuk dipakai oleh budak sekolah. 

“Di tahun 2024 kot... baju Olimpik buruk macam tu, takde idea? AI (kecerdasan buat­an) ada boleh bagi sikit idea. Takde duit? buat pertandingan, biar rakyat Malaysia ambil bahagian, rakyat suka lagi-lagi zaman viral ni semua nak market kan skill, tapi tulah tu. Bila terlalu selesa memang otak tepu, ye tak,” tulis @jiwonieranika di Aplikasi X.

“Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua, kecuali designer baju kontinjen Malaysia ke Olimpik 2024. Kalau tak reti design jangan ambil job,” tulis @coffee_n_chai pula.

"Rakyat Malaysia ni banyak rupanya ada bakat untuk jadi pereka baju Olimpik tapi yang takda bakat pulak yang diambilnya. Hodoh gila baju atlet Olimpik 2024 . Dahlah 20 orang je yang pergi Olimpik. Belanjalah lebih sikit,” tegur @natazshaaaa pula dalam nada kecewa. 

Dek kerana topik ini trending, jadi sudah pastilah ia mengundang perhatian masyarakat antarabangsa. Akibatnya, kecaman bukan sahaja datang daripada rakyat Malaysia, malah ia juga dibahaskan olah pengguna media sosial luar negara. 

Sebagai contoh, pengguna Tiktok @beejamieson dari Australia mempersoalkan dengan jumlah populasi 34 juta orang, apakah Malaysia tidak mampu hadir dengan rekaan yang lebih bagus?

@beejamieson Replying to @샤미미 SYAMIMI its giving school uniform #malaysia #olympics #paris2024 ♬ original sound - Bee ✨🎾💕

Melihat kepada komen-komen yang dimuat naik, ramai yang tidak bersetuju apabila warna bendera Malaysia yang telah ‘diemaskan’, dan paling memalukan cara set pakaian itu diperkenalkan kepada umum.

Penggunaan patung yang tidak ‘semenggah’ itu dianggap telah mencalarkan imej Sukan Olimpik yang berprestij itu. 

Mengulas tentang perkembangan terbaharu ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tetap dengan pendirian mereka untuk tidak melakukan sebarang perubahan terhadap rekaan baju itu biarpun mendapat reaksi negatif daripada orang ramai. 

Perkara itu ditegaskan Ketua Kontinjen Negara (CDM) negara ke Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin kerana bagi beliau apa yang penting ketika ini ialah pemburuan emas di Olimpik, rekaan pakaian rasmi kontinjen negara bukanlah keutamaan. 

"Kita sudah setuju dengan Yonex (pengeluar pakaian rasmi) untuk tunjuk warna emas sebabnya kita pakai warna oren sudah lama sejak 2004 lagi, jadi ramai atlet sebelum ini minta MOM untuk tukar warna lain. Jika warna cantik tapi tidak dapat emas atau pingat tidak guna juga," tegas Hamidin. 

Berikut adalah beberapa rekaan baharu baju Olimpik yang diilhamkan oleh rakyat Malaysia berbakat:

Dihasilkan oleh pengguna aplikasi X, @dideedayat
Dihasilkan oleh pengguna aplikasi X, @dideedayat
Dihasilkan oleh pengguna aplikasi X,  @atiiq_azman
Dihasilkan oleh pengguna aplikasi X, @atiiq_azman
Dihasilkan oleh pengguna aplikasi X, @atiiq_azman
Dihasilkan oleh pengguna aplikasi X, @atiiq_azman
Dihasilkan oleh pengguna aplikasi X, @Fahmy12778651
Dihasilkan oleh pengguna aplikasi X, @Fahmy12778651

Foto lain : IG @olympicmas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 17 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN