web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2024 8:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN – Lima individu termasuk tiga wanita ditahan bagi membantu siasatan kes kematian rakan lelaki mereka yang juga orang kurang upaya (OKU) di kolam renang sebuah hotel di Batu 3, Port Dickson di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua mereka yang berusia lingkungan 31 hingga 36 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson dan direman tujuh hari bermula hari ini.

Beliau berkata sebelum itu pihaknya menerima laporan kejadian seorang lelaki berusia 38 tahun yang lumpuh separuh badan, lemas ketika mandi di kolam renang tersebut dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Seorang daripada lima individu itu membuat laporan kira-kira 7.48 pagi semalam. Siasatan mendapati mangsa datang bersama lima rakannya itu dari Subang Jaya, Selangor ke Port Dickson untuk menyambut ulang tahun kelahiran dan menginap di hotel berkenaan dari Khamis lepas.

“Mangsa bersama lima rakannya itu mandi di kolam tersebut kira-kira 2 pagi dan disedari oleh pihak hotel yang kemudian melarang mereka untuk terus mandi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati mangsa berenang bersama-sama rakannya itu hingga tidak menunjukkan sebarang reaksi dan tindak balas sebelum dihantar ke hospital.

Aidi Sham berkata hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian adalah mati lemas dan motif kejadian masih dalam siasatan.

“Semakan rekod lampau turut mendapati dua daripada mereka yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan narkotik. Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas kelima-lima suspek positif dadah jenis THC,” katanya. 

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 4 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan