web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2024 8:09PM

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata seramai 12 individu dipanggil untuk memberi keterangan. – Gambar BERNAMA.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung dakwaan pemandu e-hailing berstatus orang kurang upaya (OKU) dipukul pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai 12 individu dipanggil untuk memberi keterangan.

Mereka termasuk mangsa, anggota pengiring, pekerja hotel, kakitangan Unit Tindakan Khas (UTK), doktor dan pengarah operasi Grab.

“Walaupun mangsa pada mulanya menarik balik laporan polis, namun berdasarkan rakaman lanjut kenyataannya, dia mahu meneruskan kes ini.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada 8.30 pagi semalam untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga berkata hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan tatatertib.

Jumaat lalu, Razarudin menegaskan polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berdasarkan perkembangan terkini dan memanggil semua pegawai yang terlibat dalam kes itu.

Ong dipanggil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pagi ini untuk memberi keterangan. Beliau diiringi peguam Lawyers For Liberty, Latheefa Koya dan N Surendran.

Dalam kejadian pada 28 Mei lalu, Ong, pemandu e-hailing berusia 46 tahun yang juga seorang OKU pekak dan bisu, membuat laporan polis pada hari yang sama, mendakwa beliau diserang oleh salah seorang pengiring Tunku Ismail ketika menunggu pelanggan di lobi Hotel St Regis di KL Sentral.

Sementara itu peguam N Surendran berkata berdasarkan petunjuk polis, pengiring yang memukul Ong “terkait” dengan pasukan polis.

“Ia adalah petunjuk yang diberikan kepada kami, tetapi pengesahan identiti dan semua itu, saya fikir kita perlu menyerahkannya kepada polis.

“Mereka sedang menjalankan siasatan. Saya tidak mahu bercakap banyak tentang perkara ini, tetapi itulah petunjuk yang diberikan,” kata Surendran yang mewakili Ong. – Getaran, 5 Jun, 2024


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Balai Polis Beroperasi Seperti Biasa Walau Pintu Pagar Tutup - KPN

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang