web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Balai Polis Beroperasi Seperti Biasa Walau Pintu Pagar Tutup - KPN

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2024 8:10AM

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata orang ramai masih boleh membuat aduan dan laporan seperti biasa. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penyampaian perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjalan seperti biasa walaupun arahan agar pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang ramai masih boleh membuat aduan dan laporan seperti biasa.

Beliau berkata, arahan kepada semua balai itu akan dilaksanakan selepas prosedur operasi standard (SOP) mengenainya dibentangkan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Kassim.

"Seperti yang ditegaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kita seharusnya mengimbangi bahawa balai polis adalah tempat rakyat mengadu dan pada masa sama balai polis turut menjadi sasaran ancaman, jadi kita seimbangkan antara dua keperluan itu," katanya ketika dihubungi.

Razarudin berkata, pelaksanaan arahan agar pintu pagar balai ditutup selepas 10 malam setakat ini melibatkan balai di kawasan terpencil dan luar bandar.

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam, Saifuddin Nasution berkata, Kementerian Dalam Negeri mengarahkan pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam sebagai langkah keselamatan berikutan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, baru-baru ini.

Saifuddin Nasution berkata, arahan itu dilaksanakan bagi mengimbangi keperluan masyarakat untuk ke balai polis dan menjaga keselamatan anggota yang bertugas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pintu Pagar Balai Polis Tutup Lepas 10 Malam Susulan Insiden Ulu Tiram – Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Serah Diri Di Balai Polis Selepas Bunuh Isteri

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

Sukan 1 hari yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

Semasa 1 hari yang lalu

GISB Nafi Bersalah, Sedia Bekerjasama Dengan PDRM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MA63: Anwar Dijangka Buat Pengumuman Penting Pada Hari Malaysia

oleh Jason Santos