web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2024 8:28PM

Peguam N Surendran (kiri sekali) dan pemandu e-hailing OKU, Ong Ing Keong pada satu sidang media pada 31 Mei lalu. - Gambar The Malaysian Insight

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Peguam yang mewakili Ong Ing Keong, pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang didakwa diserang oleh pengiring seorang kenamaan bulan lalu, masih tidak tahu perkembangan berhubung status kes itu.

N. Surendran berkata, dia dan Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty tidak mendapat sebarang maklumat terkini mengenai kes itu walaupun kertas siasatan telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

"Tiada komunikasi atau maklumat terkini daripada polis atau AGC. Apa yang kami tahu ialah kenyataan yang dibuat oleh KPN kepada media bahawa IP telah dihantar kepada AGC.

“Selain itu, tiada apa-apa. Tiada komunikasi langsung,” kata bekas ahli Parlimen PKR itu.

Pada 5 Jun lalu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, polis telah melengkapkan kertas siasatan dan kenyataan telah direkodkan daripada 12 individu termasuk mangsa, pekerja hotel dan pengiring VIP terbabit.

“Walaupun pengadu (mangsa) dalam kes ini telah menarik balik laporan polis, rakaman lanjut kenyataan mendapati beliau masih berminat untuk meneruskan kes ini,” katanya.

Beliau berkata semakan menunjukkan suspek tidak mempunyai rekod disiplin.

Pada 31 Mei lalu, Razarudin menegaskan polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berdasarkan perkembangan terkini dan memanggil semua pegawai yang terlibat dalam kes itu segera untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian 28 Mei lalu, Ong membuat laporan polis pada hari yang sama mendakwa dia diserang oleh salah seorang pemandu Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika menunggu pelanggan di lobi Hotel St Regis di KL Sentral.

Surendran sebelum ini berkata bahawa polis telah menunjukkan bahawa pengiring yang memukul Ong “terikat” dengan polis.

“Ia adalah petunjuk yang telah diberikan kepada kami, anda tahu, tetapi pengesahan identiti dan semua itu, saya fikir kita perlu menyerahkannya kepada polis.

“Mereka sedang menjalankan siasatan. Saya tidak mahu bercakap terlalu banyak mengenai perkara itu, tetapi itulah petunjuk yang diberikan,” kata Surendran, yang mewakili mangsa berusia 46 tahun. – Getaran, 17 Jun, 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

3

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Kedai Motosikal Terbakar, Lelaki OKU Maut Terperangkap

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang