web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2024 5:18PM

Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan) memegang gambar suspek dikenali sebagai Hafizul Harawi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Suspek yang terlibat dalam kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, malam tadi digesa menyerah diri secara aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek disarakankan pergi di mana- mana balai polis berhampiran dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Menurut beliau, semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di kontinjen terdekat dan berdekatan dengan sempadan negara jiran sudah digerakkan untuk mengesan suspek yang dikenali sebagai Hafizul Harawi, 38..

"Serahlah diri secara aman. Apa yang berlaku (tembakan) pagi tadi telah pun berlaku, apa yang akan berlaku selepas ini tidak akan dapat membetulkan insiden pertama tadi. Dalam konteks ini, polis mengenal pasti suspek sebagai bersenjata dan juga berbahaya. 

“Kita minta orang awam yang ada terlihat suspek untuk berkongsi maklumat dengan polis namun jangan bertindak sendiri," katanya pada sidang media di lokasi tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai permit senjata api dan polis percaya senjata terbabit diperoleh secara haram.

Katanya, siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Terdahulu, Mohd Shuhaily berkata, sebelum kejadian suspek tiba di KLIA Terminal 1 dengan memandu sebuah kereta yang diparkir di tempat letak kereta bertingkat di Blok C, bersebelahan dengan lapangan terbang tersebut.

 Katanya, sebaik tiba di Balai Ketibaan, suspek kemudian melemparkan mercun yang mencederakan dua orang awam sebelum beliau bertindak nekad menghampiri mangsa iaitu isterinya sendiri.

Beliau berkata, mangsa memang mendapatkan perkhidmatan pengawal peribadi.

“(Suspek) melepaskan tembakan (pada) jarak dekat, satu das telah tersasar, satu das mengenai pengawal peribadi itu.

“Mangsa, atau target sebenar dalam insiden ini terselamat dan selepas melepaskan dua das tembakan, suspek melarikan diri ke aras 2 Blok C di mana beliau datang dan meletakkan kereta beliau di situ,” katanya.

Suasana kelam kabut akibat kejadian berkenaan yang berlaku ketika orang awam sedang menunggu ketibaan jemaah umrah atau berada di KLIA atas urusan untuk memulakan perjalanan, turut dirakam beberapa individu dan dikongsikan melalui media sosial

Melalui satu video yang dikongsikan pemilik akaun TikTok @zakwanyaakub, kelihatan seorang lelaki berlari manakala beberapa jemaah umrah melutut dan berlindung di sebalik bagasi di Balai Ketibaan di Terminal 1.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, sebelum ini dilaporkan mengesahkan kejadian tersebut dan berkata seorang lelaki cedera selepas terkena tembakan yang dipercayai ditujukan kepada majikannya. – Getaran, 14 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Suspek Kedua Kes Simbah Asid Faisal Halim Direman 5 Hari - Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka