web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suspek Kedua Kes Simbah Asid Faisal Halim Direman 5 Hari - Polis

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 4:53PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Suspek kedua yang ditahan bagi membantu siasatan kes simbah asid pemain bola sepak negara kelmarin direman lima hari mulai hari ini hingga 11 Mei ini.

Memetik laporan portal BH Online, ia disahkan sendiri oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Hussein turut memaklumkan siasatan kes berkenaan kini diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Terdahulu, Hussein memaklumkan suspek pertama yang ditahan di Pandan Indah, Ampang, kelmarin akan dibebaskan selepas direman dua hari kerana didapati tiada kaitan dengan kejadian.

Bagaimanapun, dia akan ditahan semula selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah.

Suspek pertama berusia 20-an itu ditahan berdasarkan nombor pendaftaran sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon memaklumkan Faisal dipercayai disimbah asid sulfurik pekat hingga menyebabkan beberapa anggota badan melecur tahap empat.

Beliau berkata demikian ketika melawat Faisal di hospital swasta, di sini, hari ini.

Johan yang dipetik BH Online berkata, pakar perubatan akan menggunakan sejenis ubat khas dari Australia kepada Faisal untuk membantu memulihkan kecederaannya.

Oleh itu, beliau berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan Faisal untuk terus kuat dan kembali pulih. - Getaran, 7 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekas Bintang Bola Sepak Mahu Polis Telus Siasat Kes Serang Pemain

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Tular Rakaman CCTV Dipercayai Insiden Faisal Halim Disimbah Asid

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Keluarkan Lakaran Wajah Suspek Simbah Asid Faisal Halim

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki