web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Judi Jana Pendapatan RM3 Juta Sebulan Didalangi Warga China Tumpas

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 8:07PM

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jafri Embok Taha menunjukkan komputer riba antara barang rampasan operasi khas sindiket perjudian dalam talian oleh warganegara China pada sidang media di Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan sindiket perjudian dalam talian didalangi warga China yang beroperasi di kawasan apartmen mewah serta mampu menjana pendapatan mencecah RM3 juta sebulan dalam dua serbuan semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, serbuan di apartmen mewah di Bangsar, Kuala Lumpur dan Ampang, Selangor itu dilancarkan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat JIM berdasarkan aduan dan risikan.

Beliau berkata, 14 lelaki dan seorang wanita berumur antara 19 dan 39 tahun ditahan dalam serbuan itu, dengan sembilan daripada lelaki berkenaan adalah rakyat China, termasuk ketua sindiket.

Mengulas modus operandi sindiket yang dipercayai sudah beroperasi kira-kira enam bulan itu, katanya, mereka melakukan promosi melalui aplikasi Whatsapp yang dihantar secara rawak kepada pelanggan di Australia, Hong Kong dan China.

"Pautan akan dihantar kepada pelanggan yang bersetuju untuk membuat pertaruhan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Jafri Embok berkata, antara yang dirampas dalam serbuan itu adalah wang tunai RM18,000, 33 unit telefon bimbit, 15 unit komputer riba, 11 unit monitor, enam unit router wifi, lima unit komputer dan sebuah kenderaan Toyota Alphard.

Beliau berkata, tujuh daripada warga China itu memiliki Pas Lawatan Sosial, manakala dua lagi memiliki Pas Khas iaitu pas yang dikeluarkan apabila Pas Lawatan Sosial tamat tempoh, yang masih sah laku.

Menurutnya, semua warga asing itu ditahan di Depot Imigresen Putrajaya dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Pelacuran Warga Asing Tumpas, 75 Individu Ditahan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia