web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 8:35AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar berkata tiada keperluan pemindahan pulang rakyat Malaysia, termasuk pelajar di Timur Tengah pada ketika ini memandangkan keadaan yang stabil dan dianggap selamat untuk dilawati.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Rabu berkata, ia akan terus memantau perkembangan di rantau itu dari semasa ke semasa dan telah menubuhkan bilik operasi yang memberi tumpuan kepada Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil sekiranya menghadapi situasi kecemasan.

"Sehingga 17 April, situasi di kawasan tersebut kekal stabil dan dianggap selamat untuk dilawati.

"Kementerian Luar kekal komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara dan kementerian akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi di Timur Tengah dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.

Wisma Putra juga menggesa semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke kawasan tersebut untuk tetap berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa.

"Adalah penting untuk mematuhi peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan di negara-negara yang terlibat.

"Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di negara yang berdekatan. Ini akan memudahkan komunikasi dan bantuan dalam situasi kecemasan," menurut Kementerian Luar.

Butiran maklumat Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara yang terjejas adalah seperti berikut:

Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran: No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb, nombor telefon:+98 21 880724444 / +98 21 88078606 atau e-mel: mwtehran@kln.gov.my/mwconsular.teh@gmail.com

Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan: No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street, Abdoun, Amman 11183, Jordan atau nombor telefon:+962 6590 2400 / +962 78590 2400 atau e-mel: mwamman@kln.gov.my/amm.uhep@kln.gov.my

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan: Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lebanon, atau nombor telefon: +961 71 380 063/+961 7677 2527 atau e-mel: mwbeirut@kln.gov.my

Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad, Iraq: Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi Street, Al Jadria, Baghdad, Iraq atau nombor telefon: +964 786 497 0086 / +964 786 497 0087 atau e-mel: mwbaghdad@kln.gov.my

Pada Sabtu, Iran melakukan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel sebagai tindak balas kepada pencerobohan Tel Aviv ke atas konsulatnya di Syria awal bulan ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Insiden Letupan Di Narathiwat: 2 Rakyat Malaysia Cedera - Wisma Putra

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Taiwan - Wisma Putra

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Israel Terhadap Pusat Agihan Makanan PBB Di Rafah

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Semasa 21 jam yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad