web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2024 8:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan wujud penyalahgunaan dana pembiayaannya seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang diumumkan hari ini.

MPN dalam satu kenyataan berkata sejak dibubarkan pada 2018, ia tidak menerima dana kerajaan sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022. 

"Sepanjang tempoh itu MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya di samping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan status itu," katanya.

Menurut MPN, kerajaan pusat membubarkan badan berkenaan itu secara serta-merta pada 23 Mei 2018, yang secara menegluarkannya daripada naungan pihak kerajaan.

"MPN mula diterima semula beroperasi di bawah naungan kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022.

Media hari ini melaporkan LKAN mendapati MPN menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023. Laporn tersebut dibentang di Dewan Rakyat hari ini.

Laporan itu mendedahkan MPN didapati membiayai operasi dua syarikat persendirian berjumlah RM373,516.

Jabatan Ketua Audit Negara juga mendapati dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytiharkan kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat terbabit, selaras Akta 777 (Akta Syarikat 2016).

MPN juga didapati membayar elaun besar RM207,000 kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tanpa kelulusan menteri. – Getaran, 4 Julai, 2024


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Rugi RM1.66 Juta Akibat Kelemahan Kutipan Sewa Kuarters Di Putrajaya

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bahasa Indonesia Berperanan Sebagai Kapal Induk, Bahasa Melayu Kapal Pengiring - Pakar

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Pelacuran Warga Asing Tumpas, 75 Individu Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas