web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 8:08PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan anggota polis sebelum menunaikan solat Jumaat di Surau Amaniah, Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya, hari ini. gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.

Ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Amaniah, Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, notis penjelasan telah diserahkan kepada kedua-dua lembaga itu untuk mengemukakan laporan penuh.

"Ya, memang (kita) dah ada bagi notis supaya (mereka) bagi penjelasan keterangan penuh LTAT (dan Felda) walaupun perkara ini daripada audit 2022.

"Kita tentukan supaya ada laporan lengkap kelemahan diperbaiki, kalau ada apa terlibat kurang baik kita terpaksa ambil tindakan," katanya ketika ditanya adakah FELDA dan LTAT perlu memberi penjelasan mengenai prestasi mereka.

LKAN mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2022 yang dibentang di Dewan Rakyat pada Rabu lalu menunjukkan FELDA mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM1.005 bilion.

LKAN turut mendedahkan rizab LTAT merekodkan baki negatif bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2020 iaitu RM0.376 bilion, RM0.285 bilion (2021) dan RM0.338 bilion (2022).

Ditanya adakah beliau ingin melihat sendiri laporan tersebut, Anwar berkata: 'Ya, saya minta laporan itu, kami bagi masa sekurang- kurangnya dua minggu untuk menghantar laporan penuh dan Kabinet akan menelitinya.

Mengenai sama ada wujud jawatankuasa mengenai laporan LKAN 2022, beliau berkata, kementerian dan agensi berkaitan perlu memberi penjelasan lanjut mengenai prestasi mereka dalam laporan itu.

"Buat masa ini kami perlu mengkaji Laporan Ketua Audit Negara dan kemudian memberikan peluang kepada kementerian, agensi berkaitan untuk mengemukakan penjelasan mereka sendiri dan kami perlu menelitinya," katanya.

Terdahulu, Anwar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut makan tengah hari di surau itu di sini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia