web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Rugi RM1.66 Juta Akibat Kelemahan Kutipan Sewa Kuarters Di Putrajaya

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 3:32PM

Kerugian merangkumi sewa kuarters RM1.16 juta yang tidak dikutip terhadap penghuni yang menduduki kuarters bagi tempoh antara 12 hingga 179 bulan, iaitu seawal 2007. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelemahan dalam kutipan sewa kuarters kerajaan di Putrajaya menyebabkan ketirisan hasil berjumlah RM1.66 juta kepada kerajaan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2. 

Berdasarkan laporan itu dikeluarkan hari ini, kerugian tersebut merangkumi sewa kuarters RM1.16 juta yang tidak dikutip terhadap penghuni yang menduduki kuarters bagi tempoh antara 12 hingga 179 bulan, iaitu seawal tahun 2007.

Semakan audit juga mendapati kutipan sewa kuarters tidak diselaraskan dengan gred jawatan penghuni dan lokasi pejabat penghuni menyebabkan ketirisan hasil berjumlah RM0.5 juta.
“Perkara ini berlaku kerana kegagalan penghuni memaklumkan ketiadaan potongan gaji bagi bayaran sewa kuarters, menyediakan penyata kewangan tidak tepat dan tiada semakan status pendudukan kuarters bagi pegawai bertukar," menurut laporan pengauditan berkaitan pematuhan kementerian dan jabatan persekutuan itu.

Justeru, bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan kewangan, pihak audit mengesyorkan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri agar mengambil beberapa tindakan.

Ia termasuk memastikan Daftar Penghuni Kuarters diselenggara dengan lengkap dan kemas kini, dan dikongsikan kepada kementerian secara berkala supaya kutipan pulangan balik Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) penghuni dapat dipantau.
Pihak audit juga menyarankan kementerian agar membuat hebahan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran pegawai terhadap tanggungjawab masing-masing untuk memaklumkan sebarang kesilapan dalam pembayaran emolumen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

4

Semasa 6 bulan yang lalu

LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia