web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 12:17PM

Pengurus Alam Flora Putrajaya, Mohamad Hafizudin Zainal menunjukkan tong oren bagi kemudahan pengunjung di Laman Iftar untuk membuang sisa makanan. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) bertanggungjawab menguruskan antara enam hingga tujun tan sisa domestik sehari yang dihasilkan di lima bazar Ramadan sekitar Putrajaya iaitu di Presint 3, 9, 11, 14 dan Presint 16.

Khidmat Alam Flora itu merangkumi kutipan, pembersihan dan pengasingan sisa kitar semula, termasuk pengurusan empat tong khas berkapasiti 1,000 liter (1) setiap satu bagi pengasingan sisa cecair.

Pengurus Alam Flora Putrajaya, Mohamad Hafizudin Zainal mengakui terdapat peningkatan sisa domestik jika dibandingkan dengan tahun lalu, susulan pertambahan jumlah peniaga bazar tahun ini menyaksikan rekod tertinggi kutipan sisa domestik pada 24 Mac lalu iaitu sebanyak 7.5 tan.

"Apa yang extra di bazar Presint 3, kita ada pengasingan khas bagi barang kitar semula seperti kotak yang boleh kita kumpul antara 150 hingga 173 kilogram (kg) sisa sehari dan empat unit tong hitam untuk pelupusan sisa cecair seperti air balang, kuah atau sup itu boleh mencecah dua tan sehari.

"Selain menyebabkan longkang tersumbat, kita mahu peniaga memanfaatkan tong hitam untuk sisa cecair, jika tidak air yang dibuang akan mengalir ke Tasik Putrajaya dan mencemarkan tasik. Kita tidak mahu itu berlaku dan mahu mengekalkan kualiti air tasik berkenaan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Alam Flora adalah antara syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal serta pembersihan awam di Malaysia yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan di kawasan tengah dan pantai timur Semenanjung meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Tidak terhad kepada sisa domestik dan cecair, syarikat itu juga bertanggungjawab terhadap pengasingan sisa makanan menerusi penyediaan tong oren bagi kemudahan pengunjung di Laman Iftar yang dijalankan hasil inisiatif bersama Perbadanan Putrajaya (PPj).

"Kita labelkan tong oren berkenaan khusus untuk sisa makanan sahaja dan antara bahan yang tidak boleh dibuang ke tong ini adalah plastik, bekas polisterin, cangkerang, sisa jagung dan bahan kitar semula," katanya.

Perkhidmatan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) merangkumi kerja kutipan, pembersihan dan pengasingan sisa kitar semula. gambar BERNAMA
Perkhidmatan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) merangkumi kerja kutipan, pembersihan dan pengasingan sisa kitar semula. gambar BERNAMA

Dianggarkan sisa makanan yang dihasilkan sehari sekitar 10 hingga 11 kg yang seterusnya akan dijadikan baja kompos.

Mohamad Hafızudin berkata, Alam Flora turut menyediakan kemudahan tong roro khas untuk pelupusan sisa buah kelapa dan tebu, memandangkan bahan itu tidak boleh dimasukkan dalam penyendat (compactor).

Ditanya mengenai kerjasama peniaga Bazar Ramadan Putrajaya berkenaan pengurusan sisa, beliau berkata, setakat ini mereka mematuhi peraturan ditetapkan seperti mengasingkan bahan kitar semula atau memasukkan sisa tebu dalam plastik terlebih dahulu sebelum dibuang.

"Cuma pesanan kepada pengunjung, berbelanja secara berhemah dan rancang pembelian juadah berbuka puasa untuk elak pembaziran.

"Saya juga menyeru pengunjung membawa bekas sendiri untuk membeli makanan dan tidak bergantung kepada penggunaan plastik sekali guna kerana ia dapat membantu memudahkan tugas pekerja Alam Flora memandangkan pengasingan sisa sememangnya mengambil masa," jelas beliau.

Di Bazar Ramadan Presint 3, Alam Flora menyediakan sebanyak 175 tong hijau (untuk sisa domestik) dengan kapasiti pekerja seramai 15 orang yang bertugas bermula jam 3 petang hingga 11 malam.

Turut disediakan perkhidmatan cucian tapak bazar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Abdullah, PM Bertembung Di Bazar Ramadan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

8.1 Τan Makanan Bazar Ramadan Diselamatkan Menerusi Program MySaveFood - Fuziah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka