web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 12:42PM

Mohd Yusri Hassan Basri - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ІРОН - Polis Perak sedang mengesan tiga lelaki disyaki menjalankan kegiatan menyebar kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di sekitar bazar Ramadan di Stadium Perak, di sini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata kegiatan lelaki terbabit telah dirakam oleh seorang daripada peniaga di bazar berkenaan yang dimuat naik di media sosial.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati tiga lelaki terbabit telah menjalan kegiatan menyebarkan kad perniagaan wang tanpa lesen dan judi dalam talian sejak tiga hari lepas.

"Rakaman berdurasi 1.01 minit itu menunjukkan seorang lelaki menyebarkan kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di setiap gerai di bazar Ramadan di Stadium Perak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata satu temu bual telah diadakan dengan peniaga berkenaan dan butiran kejadian sudah diperoleh serta usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

"Tiada laporan polis diterima dari mana-mana pihak setakat ini. Tindakan masih diteruskan," katanya.

Semalam, tular satu video di laman Facebook milik Oppa Zuzu Kitchen dipercayai seorang daripada peniaga di bazar berkenaan, memaparkan kegiatan lelaki yang menyebarkan kad pinjaman tanpa lesen dan judi dalam talian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi