web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 4:34PM

Cebisan kain buruk yang dijumpai dalam martabak - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peniaga yang terbabit menjual martabak ‘berintikan’ kain buruk di Bazar Ramadan Desa Pandan di sini sudah dikenakan tindakan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, pemilik gerai terbabit diberikan satu notis kompaun satu di bawah Peraturan 32(1)(b) Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Menurut beliau, ia adalah lanjutan daripada siasatan yang telah dijalankan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM).

“Siasatan mendapati kecuaian semasa pengendalian makanan telah menyebabkan kehadiran cebisan kain pengelap dalam martabak tersebut.

“KKM memandang serius aduan yang tular di media sosial mengenai pencemaran makanan di bazar Ramadan, dengan penemuan kain di dalam martabak di Bazar Ramadan Desa Pandan, Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya.

Jelas jurucakap itu, pemilik gerai juga dikenal pasti telah melakukan beberapa kesalahan lain, termasuk tidak membuat pengasingan jelas untuk bahan mentah dan makanan yang telah dimasak. 

“Pemilik gerai juga telah menggunakan kain pengelap yang tidak bersih dan pengendali makanan tidak memakai pakaian pelindung diri dengan sempurna,” katanya. 

Tegas beliau, KKM sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di semua gerai bazar Ramadan seluruh negara dan sehingga kini, 10,570 premis di bazar Ramadan telah diperiksa. 

“Peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Jurucakap itu memberi ingatan, semua peniaga premis makanan termasuk di bazar Ramadan perlu mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di premis masing-masing bagi mengelakkan sebarang pencemaran silang dan kehadiran bendasing dalam makanan yang dijual. 

Cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini juga katanya, boleh menyebabkan pembiakan bakteria yang lebih pantas dan menyebabkan makanan cepat basi dari kebiasaan. 

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan ini dalam memilih apa sahaja juadah berbuka, sebelum membeli.

“Amalkan sikap ‘perhati dan pilih’ serta ‘lihat, hidu, rasa’ kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan,” katanya.

KKM tambah beliau, sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. 

“Melalui pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan, KKM ingin menegaskan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan sepanjang Ramadan adalah terkawal.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my serta facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya. - Getaran, 27 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Sukan 15 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Sukan 1 hari yang lalu

Liga Super: Selangor Naik Tangga Kedua, Kijang Emas Raih Kemenangan Sulung

Sukan 1 hari yang lalu

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0