web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Abdullah, PM Bertembung Di Bazar Ramadan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2024 8:30AM

Anwar Ibrahim (kiri) berbual seketika dengan Sultan Abdullah (dua, kanan) ketika bertembung di bazar Ramadan semalam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam 'bertembung' di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini.

Al-Sultan Abdullah yang diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berselisih dengan Anwar ketika tiba di bazar berkenaan untuk membeli juadah berbuka puasa pada 6.35 petang.

Baginda berdua berkenan bertegur sapa dan berbual pendek bersama Anwar yang mengadakan jelajah mesra di bazar berkenaan sebelum meninggalkan lokasi itu.

Perdana Menteri tiba di bazar itu sekitar 6.20 petang diiringi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama kepimpinan kerajaan negeri yang lain.

Beliau yang berbaju Melayu beramah mesra dan menyapa peniaga serta pengunjung sambil merakamkan gambar kenangan.

Usai lawatan itu, Perdana Menteri dijadual berbuka puasa di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota di sini.

Terdahulu, Anwar menghadiri Majlis Menghadap Sultan Pahang di Istana Abdulaziz di sini, petang semalam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang