web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Jul 2024 10:10AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pendedahan mengenai kepincangan yang berlaku dalam Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sememangnya amat mengejutkan.

Masakan tidak, ketirisan yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara itu bukan sedikit jumlahnya.

Namun, benarkah seperti yang didedahkan? 

Menerusi nota pembentangan pengurusan kepada lembaga pengarah yang dilihat Getaran, HRD Corp hakikatnya berjaya merekodkan keuntungan terkumpul sebanyak RM389.95 juta. 

Dapatan ini mengesahkan bahawa syarikat tersebut sememangya mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.

HRD Corp jika berdasarkan rekod, mencatatkan keuntungan belum cukai yang konsisten iaitu RM25.82 juta pada tahun 2020.

Ia diikuti dengan RM12.06 juta pada 2021, RM29.79 juta (2022) dan RM97.5 juta untuk tahun lalu.

Keuntungan ini mengambil kira pendapatan daripada pelaburan, caj perkhidmatan dan inisiatif strategik lain.

Laporan audit juga mendapati, HRD Corp mencatatkan pulangan RM71.74 juta pada 2020, RM58.44 juta (2021), RM76.52 (2022) dan RM106.33 juta pada tahun lepas. 

Untuk info, keuntungan pelaburan diraih tahun lalu adalah sekitar 98.7 peratus daripada keseluruhan portfolio pelaburan syarikat yang bernilai RM3.85 bilion.

Umum mengetahui bahawa terdapat pertikaian tentang keperluan HRD Corp untuk melabur dana levi yang dikutip dan bagaimana pelaburan tersebut sangat berisiko tinggi, sekali gus bermakna ia berpotensi mendatangkan implikasi negatif kepada majikan dan kerajaan.

Namun hakikatnya, semua pelaburan dibuat HRD Corp itu mematuhi Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) 2001 (Akta 612).

Akta berkenaan memperincikan peranan, tanggungjawab, kuasa dan batasan operasi organisasi tersebut termasuk dalam bidang pelaburan.

Sebagai contoh, Seksyen 27 (1) Akta PSMB 2001 membenarkan HRD Corp membuat pelaburan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM), iaitu bukan wang yang dikehendaki atau diperlukan dengan serta merta.

Antara pelaburan yang dibenarkan termasuk sekuriti, syer dan debentur dalam mana-mana syarikat awam.

Harga bagi syer and debentur itu pula disebut di bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia atau dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana diputuskan Panel Pelaburan.

HRD Corp juga melaksanakan due diligence untuk setiap pelaburan dijalankan menerusi proses yang ketat dan diselia oleh Panel Pelaburan serta Lembaga Pengarah organisasi.

Penilaian rapi turut dibuat untuk memastikan risiko keseluruhan portfolio diminimumkan dan modal pelaburan sentiasa dilindungi.

Tahun lalu pula, 84 peratus daripada portfolio pelaburan adalah berisiko rendah seperti tunai dan deposit, bon dan sukuk serta  akaun amanah.

Perlu diingat, HRD Corp tidak pernah berdepan dengan kegagalan membayar tuntutan geran latihan kepada majikan kerana kawal selia risiko kecairan yang efisen dalam organisasi, sepanjang 30 tahun mereka beroperasi.

Selain itu, penyaluran levi kepada program latihan majikan juga berada pada tahap memuaskan, yang menyaksikan mereka mencatatkan peratusan penggunaan levi daripada 63 peratus (2020), 32 peratus (2021), 42 peratus (2022) kepada 71 peratus tahun lalu sekali gus berjaya mencapai sasaran KPI sebanyak 70 peratus. 

Sekiranya levi yang telah diluluskan dan belum dibayar (bayaran hanya dibuat selepas latihan) diambil kira, maka peratusan penggunaan levi pada tahun 2023 mencecah 83 peratus. 

Meskipun penggunaan levi adalah terletak di tangan majikan, peningkatan saluran levi ini sedikit sebanyak disumbangkan oleh usaha proaktif HRD Corp untuk meningkatkan kesedaran majikan tentang kepentingan menggunakan levi bagi melatih pekerja mereka.

HRD Corp juga mempercepatkan dan memudahkan proses permohonan dan kelulusan geran latihan kepada 24 jam.

Bagi tujuan ini, 354,562 permohonan berjaya diproses dalam masa 24 jam tahun lalu. - Getaran, 9 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Luar Negara 4 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan