web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2024 8:26AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan bakal Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian semalam. – Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Iran komited untuk terus memperkukuh hubungan dua hala khususnya dari aspek pelaburan dan perdagangan kedua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negara juga menyatakan kesediaan untuk memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang berpotensi yang masih belum diteroka sepenuhnya.

Menurut beliau, semua komitmen itu dinyatakan menerusi perbuatan telefon bersama bakal Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian semalam.

“Saya tegaskan betapa hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing, sebaliknya akan berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Perdana Menteri, beliau juga sempat menyatakan penghargaan atas pendirian teguh Iran dalam perjuangan menuntut keadilan buat rakyat Palestin, serta menentang kezaliman dan genosid dilakukan rejim Zionis.

“Saya sampaikan ucapan tahniah kepada beliau yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Iran yang baharu pada 30 Julai ini, dan menyatakan harapan melihat negara tersebut terus berkembang hebat di bawah pimpinan beliau,” katanya.

Anwar memberitahu, beliau turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Almarhum Ebrahim Raisi iaitu bekas Presiden Iran yang terkorban dalam nahas helikopter 19 Mei lalu.

“Di akhir perbualan, saya menyampaikan jemputan buat Dr Masoud untuk berkunjung ke Malaysia sesegera mungkin, dan Dr Masoud turut menjemput saya ke Iran untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Iran,” katanya. – Getaran, 18 Julai, 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 1 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 20 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 4 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad