web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Kecam Serangan Israel Terhadap Pusat Agihan Makanan PBB Di Rafah

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 8:01PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas pusat pengedaran makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Rafah, Gaza pada 13 Mac lalu.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, serangan itu adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang dan tidak berperikemanusiaan.

Serangan berkenaan mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang kakitangan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) terbunuh, dan 22 lagi cedera.

"UNRWA adalah agensi yang melindungi jutaan rakyat Palestin dan serangan yang menyasarkan pusat pengedaran makanan agensi ini di Gaza adalah tindakan yang menyalahi undang-undang dan tidak berperikemanusiaan.

"Sejak tercetusnya konflik, sekurang-kurangnya 165 ahli pasukan UNRWA telah terbunuh termasuk mereka yang sedang menjalankan tugas, lebih 150 fasiliti UNRWA musnah termasuk sekolah, manakala lebih 400 orang terbunuh ketika mencari tempat perlindungan," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, serangan yang disengajakan terhadap fasiliti, konvoi dan kakitangan PBB adalah pengabaian terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Justeru, katanya, Malaysia mengulangi gesaan supaya gencatan senjata serta-merta dan kekal dicapai untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang tidak bersalah dan memastikan akses bagi bantuan kemanusiaan tanpa halangan, selamat, mencukupi dan berterusan bagi memastikan makanan, ubat-ubatan, keperluan asasi selamat sampai di seluruh Gaza.

"Keganasan yang melampau oleh Israel terhadap rakyat Palestin dan serangan terhadap kakitangan dan wartawan PBB mesti dihentikan dengan segera. 

"Kegagalan masyarakat antarabangsa untuk bertindak akan menyebabkan kehilangan nyawa yang lebih ramai dan menambahkan lagi penderitaan rakyat Palestin. 

"Semua negara perlu menjalankan tanggungjawab mereka dari segi kemanusiaan, etika, dan undang-undang kepada rakyat Palestin terutamanya di dalam bulan Ramadan yang mulia ini," katanya.

Menurut Wisma Putra, Malaysia tetap berpegang teguh dengan pendirian bahawa rakyat Palestin berhak memiliki negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin. - Getaran, 15 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Semasa 13 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 20 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

oleh Diyana Nawwar