web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2024 2:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 60,000 umat Islam dijangka berhimpun pada program Malam Ehsan Untuk Insan sempena sambutan Maal Hijrah 2024/1446 di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam, Selangor, esok.

Bertemakan Gaza Bangkit, program yang dianjurkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama Kerajaan Negeri Selangor itu sebagai wadah untuk mengenang peristiwa penting dalam kalendar Islam disamping menyatakan solidariti buat masyarakat di Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Sani Araby Al-Kahery berkata, pelbagai pengisian rohani akan dilakukan antaranya ceramah dari pendakwah nusantara Abdul Somad Batubara.

"Beliau (Abdul Somad) dijangka akan berkongsi pandangan tentang apa yang berlaku di Gaza serta bagaimana umat Islam dapat mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah untuk memperbaiki diri dan masyarakat ke arah pembelaan rakyat Gaza," katanya kepada Bernama, hari ini.

Sani Araby berkata program juga akan disemarakkan dengan pelbagai aktiviti antaranya berselawat bersama kumpulan gasidah terkenal, Angham Anisah dan bacaan doa akhir tahun 1445 Hijrah dan doa awal tahun 1446 Hijrah.

Program yang bermula 6 petang itu, diharapkan dapat memupuk rasa kesatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia