web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2024 2:21PM

Gambar fail BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan sembilan hari untuk mendengar kes warga Israel Shalom Avitan yang didakwa atas pertuduhan memperdagangkan senjata api dan memiliki peluru.

Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan tarikh tersebut semasa pengurusan kes hari ini selepas pihak pendakwaan menyatakan bersedia untuk meneruskan kes.

Perbicaraan akan berlangsung dari 30 September hingga 3 Oktober, dan 7 hingga 11 Oktober.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam memberitahu mahkamah pihak pendakwaan akan memanggil 20 orang saksi.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan memiliki peluru terhadap Avitan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960, dengan meningkatkan jumlah dakwaan peluru daripada 158 kepada 200.

Terdapat juga pindaan kepada pertuduhan kedua berkenaan dengan nombor siri pistol Glock dan Stoeger Cougar.

Avitan, 38, mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya terhadap pertuduhan yang dipinda.

Tertuduh didakwa bulan lepas di bawah seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Meningkat) kerana mengedar enam senjata api - Glock 19 USA 9x19; Sig Sauer P3205P ; Cougar 8000FT; Glock 17 Gen4 Austria 9x19; M&P 9C Smith & Wesson Springfield MA USA dan Stoeger Cougar 8000F; dan seksyen 8 akta berkenaan kerana memiliki peluru.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

Jika didapati bersalah atas tuduhan mengedar senjata api, Avitan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya enam sebatan.

Bagi pertuduhan kedua memiliki peluru yang menyalahi undang-undang, dia berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan enam sebatan.

Pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim dan Fazeedah Faik manakala Avitan diwakili Jeffrey Ooi dan Navinjit Singh.

Warga Israel itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu, dan dipercayai memasuki negara dari Emiriah Arab Bersatu, menggunakan pasport Perancis pada 12 Mac lalu.

Tertuduh, yang juga memegang pasport Israel, telah berkata dia berada di Malaysia untuk memburu dan membunuh seorang lagi warga Israel kerana pertikaian keluarga.

Pada 8 April lalu, sepasang suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki Israel itu didakwa di Mahkamah Sesyen Klang atas kesalahan menggunakan senjata api. – The Malaysian Insight, 21 Mei, 2024.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 11 jam yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa 12 jam yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad