web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air

Semasa Dikemaskini 7 jam yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2024 11:12AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan bekerjasama dengan pihak berkepakaran untuk membangunkan satu pelan strategik khusus berkaitan tatakelola dan antirasuah industri perkhidmatan air.

SPAN dalam kenyataan memaklumkan pelan strategik itu akan merangkumi pendekatan yang bersesuaian untuk meneliti amalan, sistem atau tatacara terbaik agar industri perkhidmatan air di Malaysia bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Menurut SPAN, pelan itu antara lain memberikan fokus ke atas proses perolehan yang telus dan terbuka serta pemantapan pengawalseliaan program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan oleh pemegang lesen.

"SPAN komited untuk memastikan tindakan tegas diambil berdasarkan akta dan bidang kuasanya ke atas mana-mana individu atau organisasi yang disyaki melakukan sebarang ketidakpatuhan di bawah Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006) atau sebarang ketidakpatuhan peraturan semasa yang ditetapkan SPAN.

"SPAN mengamalkan 'Toleransi Sifar' terhadap amalan rasuah serta salah guna kuasa dalam industri air," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa 8 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka