web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa Dikemaskini 7 jam yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2024 11:09AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Sebanyak enam kes pencerobohan termasuk membabitkan warga asing direkodkan di Taman Negara Terengganu sejak enam tahun lepas.

Penguasa Taman Negara Terengganu Sharena Sapri berkata, 13 individu termasuk warga Kemboja dan Vietnam ditangkap dan kes terbaharu melibatkan seorang warga Kemboja awal tahun ini.

Beliau berkata lelaki berusia 60 tahun yang dipercayai sudah sebulan beroperasi di taman negara itu telah didakwa dan dipenjara empat tahun di bawah Enakmen Taman Negara Terengganu 1939.

"Lapan tangkapan melilbatkan warga asing manakala lima lagi orang tempatan.

"Berkemungkinan besar warga asing berkenaan masuk ke negara ini sebagai pelancong dan mencerolooh taman negara untuk memburu hidupan liar selain mendapatkan kayu gaharu yang bernilai tinggi di pasaran," katanya ketika ditemui di Taman Negara Terengganu.

Sherena berkata pihaknya mengesyaki ada tali barut dalam kalangan orang tempatan yang membawa masuk penceroboh dan menjadi orang tengah dengan membekalkan makanan kepada warga asing itu.

"Kami akan menjalankan siasatan serta pemantauan lanjut untuk mengekang aktiviti yang merugikan negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau memberikan amaran tegas dan mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan kegiatan tersebut yang boleh didenda RMI juta dan penjara tidak lebih tujuh tahun atau dikenakan sebatan mengikut Enakmen Taman Negara Terengganu 1939.

Beliau berkata tugas penguatkuasaan dan pemantauan di Taman Negara Terengganu seluas 1,030.8 kilometer persegi dijalankan oleh 18 anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan bantuan 42 renjer komuniti. - BERNAMA

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air

Semasa 7 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka