web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Kanser Saya Sudah Di Tahap 4, Perlukan Suami Di Sisi’ - Atiqah

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2024 12:34PM

Suami Nur Atiqah My Yusoff sehingga kini masih mengajar di Kanowit, Sarawak kerana permohonannya untuk bertukar tidak berjaya - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang guru berdepan risiko kehilangan isteri tersayang tanpa dia di sisi pada saat akhir kerana permohonan untuk bertukar ke Semenanjung tidak diendahkan pihak berkaitan.

Berkongsi kisah sedih tersebut, Nur Atiqah My Yusoff, 30, berkata, suaminya, Mohammad Izzuddin Izhar, 34, ketika ini mengajar subjek Pendidikan Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Wok, Kanowit, Sarawak. 

Menurut Atiqah, beliau didiagnos dengan kanser tulang rawan (Mesenchymal Chondrosarcoma) pada November tahun lalu.

“Kanser saya disahkan sebagai agresif dan sudah berada di tahap empat. 

“Atas faktor ini, doktor menyarankan agar suami sentiasa berada di sisi kerana jaminan untuk saya bertahan lama terlalu tipis,” katanya kepada Getaran. 

Nor Atiqah My Yusoff
Nor Atiqah My Yusoff

Jelasnya, sel kanser itu juga disahkan sudah merebak ke paru-paru, malah kadar kelangsungan hidup yang dijangkakan doktor adalah kurang daripada 10 peratus bagi tempoh tiga tahun akan datang. 

Atiqah yang juga seorang suri rumah memberitahu, Izzuddin telah memohon untuk ditukarkan ke Semenanjung sebaik sahaja penyakit isterinya disahkan namun gagal menerima respon positif. 

“Suami saya dah minta untuk ditukar balik ke Semenanjung dari mula-mula saya didiagnos lagi tapi sampai ke sekarang tiada khabar berita.

“Bila suami naik pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, pegawai yang menguruskan kata tak boleh,” katanya, sedih.

Surat sokongan pakar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II
Surat sokongan pakar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II

Atiqah berkata, suaminya dimaklumkan oleh pegawai bertugas bahawa dia perlu menyandang status perjawatan tetap selama 36 bulan sebelum boleh memohon untuk pertukaran. 

“Kena tunggu 36 bulan dulu baru boleh memohon sedangkan suami saya dah berkhidmat di Sarawak masuk tahun keempat sebagai guru kontrak, cuma tetap (status perjawatan) baru tahun lepas dapat,” katanya.

Lebih menyedihkan, Getaran diberitahu Izzuddin juga disahkan mengalami kemurungan (MDD) oleh pakar psikiatri.

“Saya tahu semua ini berpunca daripada masalah yang kami hadapi. Suami juga perlu menanggung kos tinggi untuk penerbangan dari Sibu ke Kota Bharu, Kelantan setiap dua atau tiga minggu,” katanya.

Status terkini tahap kesihatan Atiqah
Status terkini tahap kesihatan Atiqah

Sehingga artikel ini ditulis, Getaran difahamkan Atiqah dan Izzuddin masih menanti khabar gembira melibatkan permohonan pertukaran  tersebut. 

“Dalam keadaan saya sekarang, sememangnya kehadiran suami amat diperlukan. 

“Tak cukup tahun berkhidmat tak layak nak isi eGTUKAR. Walaupun alasan untuk isi eGTUKAR dan berpindah tu kukuh. Sistem tu semua manusia yang buat. Tolonglah jangan zalim sangat dekat kami yang memerlukan ni,” katanya.

Getaran sedang berusaha menghubungi Pengarah Pendidikan Sarawak, Datu Dr Azhar Ahmad untuk maklum balas terkini. - Getaran, 21 Oktober 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kisah Tular Di Media, Nasib Cikgu Din Akhirnya Dapat Perhatian

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 19 jam yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000